Monday, March 27, 2017

enjin mengaummm

jumaat malam masa tengah layan maharaja lawak, ally mai rumah.  ally kata mami dia ada kat depan umah opah.  sonoklah ameer sepupu dia mai melawat.  byklah aktiviti deme nak buat tu. ally anak angah aku, kakak nomor dua yg tinggal di klang.  cuti dah nak abish baru mai.. tu lah dia.  yg cuti anak, yg nak kena bawak berjalan ialah pak or mak, maka kenalah anak2 tu bawak bersabar2 ye tak?  tu yg sudi bawak, yg macam aku ni, takde pun nak bawak ameer gi jenjalan.  rasa bersalah pulak haa..  nak wat cemana.  aku tak senang.  padahal selalu gak aku ajak dia join kalu aku berjalan.  selalu dia rajin gak ngikut.  walau kdg2 aku yg bengang kannn?



esoknya sabtu, along ajak pi sapan kat pasar.  aku kabor kalu pasar tak dapek, sebab aku nak menganto keta aku yg dah seminggu berbunyik cam keta sport kau.. verum bum bum semacam je.  bak kata along, bunyi macam moto bot.  along nak ikut jugak pi merepair, so bawaklah dengan angah2 sekali.  workshop Ng kat area barakath tu tak bukak lagi. kami park betui2 depan tu and kami cari makan.  nak pi barakath nanti tak nampak lak kalu Ng dah mari, so kami makan je la kat warung depan workshop tu je.  propah giler nak kejo org bukak kedai kita nak terjah dia awai2 sebelom dia amik org lain punya kereta kannn?  kami makan nasik ayam kat depan tu.  along makan mi sup, tp mi nya dah semacam maybe dah lama katanya.  eh, macam2.  last2 along mengabiskan nasik ayam si nina yg tak abish.  aku lak meluru gi ke Ng bila dia dah mula bukak pagar workshop dia.  last2 Ng tengok dia stuju yg mmg ejos keta aku yg masalah.  and also, dia tak buat sebis repair ejos and mesti pi kat pakar ejos jugak. so, dia recommend satu kedai, kat area barakath near simpang bendahara... so, kami pi lahh.. ijal exhaust.  pakar exhaust it seems.  adik tu soh tinggalkan keto sbb dia kena baraikan jugak baru tau apakah masalahnya.  makin nak sampai kedai ijal tu tadi, enjin ni makin lama makin teruk derumannya, kauuu..  bila mekanik tu, nama halim tu soh tinggalkan keta and nomor tipon, maka aku takde apalah dalam pikiran, melainkan jalan ke pasar or jalan balik.  ntah kenapa alogn and angah main ikut je apa kata aku, moh la kita balik.  bukannya tak buleh tunggu cab or tunggu kat kedai2 situ je, tapi sebab aku pikir akan amik masa yg lama sgt nanti, deme ikut je la aku balikk.. sian along yg kaki sakit.  angah and nina jalan ok je, cuma peloh2.  nak buat cemana.  teksi sebijik pun takde kau.  semua dah keluar bekerja or mmg tak keje sbb byk jugak yg aku nampak teksi ada parking kat rumah2 jer. hehee.. jalan jalan berpeloh wey.. but aku dah biasa jalan jauh2, cuma this time tengah paneh near kol 11 gitu.  apa la kan.  dah sampai umah.. mmg tiak basah weyyyy.. baru betui2 exercise kau... along terus kata nak pi beli eskrim kat kedai aceh tu, beli air sarsi and macam2 lak dia beli sebab kehausan.  eheheh..







pastu kami melepak umah mak.  aku sidai kain yg basuh pg tadinya.  tetiba laki balik dari keje.  dia trus je ke blakang bawak moto.  tak lama tu mamat workshop tu called, kata "akak, keta akak dah siap" .. dalam hati aku.. wahhh.. dah siap.. cepatnya.. maknanya takdelah teruk beno masalah kembaraku ituuu.. laki aku pun dengor aku cakap tipon terus kata jom kita pi amik. semangat dia kan.  aku lagi la semangat.. seminggu bawak kembara tu dgn bunyi enjin motobot sgt tak best u know.  walau aku rasa bunyik tu best, special, tapi dia punya kelajuan terganggu giler beb.  tekan2 pun tak mau pegi melainkan berbunyi mengaum yg lebih kuat je.  lain kali beli betui2 keta sport la baru ada bunyi deruman sport itu dan kelajuan yg best jugak.. ekekekek.. mimpilah nak beli keta sport beb.  aku syg sgt kembara ni.  byk sgt kenangan yg baik indah manis semua dengannya.  akan ku jaga kau kembara.  slow2 lah aku repair yek?

malam tu senyum je along bila aku kuar bawak dia nak pi amik siti balik keje.  dia kata.. sakit kaki dia jalan kaki siang tu tak abis lagi, keta aku dah siap repair.  bagus la kann?  pehtu bawak along pi beli barang2 niaga dia.  nak makan kat donut western food, tak jadi sebab kedai tu penuh sgt, tak leh masuk kami yg ramai2 nak makan nanti dgn angah satu family and mak.  so, kami pi nice seafood.  lepas makan, kami balik, angah pun balik terus ke kelang dgn abang ngah yg balik keje tadi terus bersiap pi join kami kat nice seafood.













No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...