Friday, April 21, 2017

pucuk ubi masak lemak

bukan nak tulis resepi, i wish i was cooking to share you the recipe, but no.
just nak bitau i makan tu tadi beli kat plaza sentral for lunch.  ni dah abis makan.  nak lepak2 main hempon sambil2 dengar lagu.  tetiba boss masuk.  oh my gosh.  it's 1.30 noon la bosss.  bukannya aku kisah sgt dia ada ke tak, tapi aku tak suka.. ekekek.. ada ke gitu.. tadi aku beli nasi putih, dgn pucuk ubi masak lemak kuning, bukan masak lemak cilapi kot sebab tak pedas langsung, tapi aku tak amik kuah dia, aku taruk kuah tahu jepun yg masak cam kicap cair2 tu, pastu amik ikan kembung or u can call it ikan termenung yg goreng celop tepung nipis sebab tepung pun mahai kalu kita tanya kat penjual tu kan.  pehtu aku completekan lauk dgn menambah sambal belacan.  ntah kenapa aku terlupa nak amik pic.  ini jarang2 sekali berlaku.  maybe aku sudah terlalu excited nak makan lettew kannn?  jadi mahapkanlah aku.



pagi tadi aku dah makan roti kind of western food kat panetton kl sentral.  kepala pening betui kena naik tren setengah jalan bila laki decided aku kena naik tren sebab takut ujan lebat akan turun.  bila aku ikutkan ajer, ok bang.  dia tanya lagi.. awak nak terus ke nak turun naik tren.. eh dia ni.. aku dah kata ok tadi.  kalu dia tu tanya banyak2 kali harus kena maki.. tapi tulah laki sendiri, layankan ajer sekadarnya.  turunlah motosekal, naiklah tangga.. pening mari lagi.  dari pagi tadi lepas dah siap2 nak pakai tudung tu dah rasa nyut33.. mmg jarang sakit paler weh.  tapi bila dia mai.. harus kena pi cari tempat nak tido tapi mana nak tido, nak pi keje.  tahankan jelahh.  tido dalam tren.. bila bangun semakin sakit lak dio.. Allahhhh.. sesekali Kau bagi sakit.. utk mengingatkan yg aku masih manusia yg perlukan Kau utk menguji.. relax ye suriani?  sampai kl sentral terus tingat nak sapan kat swiss oven, malangnya org ramai bebeno.  next choice is.. panetton.  american set with coffee.  makan siap terus cabut ke opis.  jumpa mak buyung si yati zahir and also kamsiah kat zebra crossing, jalanlah sesama ke opisss..





bila sakit kita perlukan org yg kita sayangi utk menjaga kita.  tapi kalu org yg kita sayang tu dah kita tak sayang lagi.. maka jagalah diri kita sendiri.  dia tanya ke dia tak tanya.. kita dah tak kisah lagi.  begitulah.  tapi kita kena tetap jaga dia bila perlu utk dia tau yg kita masih hidup.  inilah namanya sekadar tanggungjawab.. kerana kita ni juga org yg mengambil berat, mengambil kisah.  aku ni dalam kategori penyayang kot.  kahkahkah.  kalu kau dah jadi org yg aku sayang, aku akan pastikan kau terkenangkan aku bila kau sakit, bila kau senang dan bila kau sunyi.  bila baca pasal org yg caring mmg sgt terasa diri tak dipedulik.  sehinggalah kita pun diamik tau oleh org yg kita syg.  sakit kepalaku datang lagiiiiiiiii.  duiyaiiii






No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...