Thursday, July 20, 2017

bukan ada apa kat umah???

korang ada plan tak weekend selalu?
ada ke takde, tentu sonok if korang dapat lepak2 and makan2 je kan?  at least aku suka je gitu.bangun lewat2, or takyah bangun pun.. golek2 je sampai lebam, bila dah jemu, baru bangun mandi and get breakfast gitu.  aku suka je.  ni nak citer, laki aku asiklah pi mancing/menjaring ikut kawan dia yg ada bot tu.  3 minggu pegi berturut2... ko rasa cemanalah perasaan nya laki takde setiap kali bercuti ujung minggu?  mmg sunyi.  bukannya kita nak menenggek kat dia all the time, tapi ko pikirlah dah tiga minggu kena tinggal.. yg kawin pun rasa dah cam janda.  apa2 pun laki takde, buat sensorang dgn anak2 or akak and org lain.  bak kata org.. mana pi laki kau?  mmm.. tulah.  at times aku rasa sunyi gak.  aku bukannya bercerai lagi.  tapi laki asiklah tinggalkan aku macam aku ni tunggul jer.

semalam aku pun tanyalah dia, weekend ni, nak pi laut ke lagi.  yup.. laki jawab:   "ye.  lagipun nak buat apa kat umah.. bukan ada apa2 katanyer."  bertuah punya laki.  elok bercerai je haritu kalu tak mau aku ada lagi menunggu kat umah ni.  tapi adakah diceraikan?  tidakkk.. macam hampeh je rasa.  konon akan tidak mengabaikan aku lagi.  pundekkkkk.. geram nihhh..  mmg aku dah bosan dok sensorang dgn ameer je stiap kali ujung minggu tiba.  rasa macam tak langsung dipedulik dek laki yg macam ada macam tak pernah ada.  asal cuti je ke laut.  ngalahkan nelayan.  bila balik di tanya banyak ke dapat ikan?  takde ikan.. ntah mana pi semua ikan jawabnya.  agaknya pi jumpa ikan duyung ke antu laut yg seronok smpai tak peduli bini anak kat umah nak pegiiiiii jugak laut tuuu???.  sekadar abis duit bayar minyak bot je.  tak ke ko geram?  dah tiga minggu and ni masuk minggu ke 4, ko masih nak pegi jugak..  ko pikir bini kau ni tunggul kat umah?  tak de perasaan nak layan bini?  bukan nak main sokmo, bukannya dapat pun.. tapi at least, ko tolong adakan diri kau lah waktu cuti2, layan bini rehat2 kat umah ker, layan kemas umah ker.. aku mmg geram tahap cipan.  nak mintak cerai mmg tak lepas, mintak baik2 tu.. aku giler tak ingat diri kalu mintak cerai.. tak pedulik anak2 ke apa kalu mintak cerai.. tapi kalu laki asik tinggalkan ko lebih ke laut, maka pegilah terus ke laut tu.. jgn balik2 lagi.   aku warning dia malam tadi.  if minggu ni dia pegi jugak, angkut sekali kain baju bawak, and jangan balik2 lagi.  kat umah ni pun takde apa2 kannnn?

sakitnya hati. puas nangis mengenangkan nak buat apa lagi ada bini kalu dikata takde apa kat umah.  sungguh kecewa.  mmg inilah sebab2 antara kenapa aku nak berpisah dulu.  nak mengelakkan hati lagi sakit parah bila tak dipedulik langsung perasaan hati dek laki yg ntah apa dipikirkan.  aku sygkan anak2 je nih.  aku dah benci dgn perangai dia.  aku mmg dah benci dgn dia.. aku terpaksa je ni.  dah dia tak paham2 bahasa.. kenalah aku bersabar... benciiiiiiii... manusia yg jenis tak tau menghargai bini elok takyah berbini.. baru bini tak sakit ati.. and kau boleh buat sesuka ati.. ingat ye, selagi aku ada, ko jgn buat hati aku macam sampah nak dipijak2 nak dihinjak2 nak dibiarkan ke tepi.



No comments:

Post a Comment