Tuesday, June 13, 2006

Hujan yang turun bagaikan mutiara...


13 Jun 2006 12.21 tengahari waktu Malaysia

Sekarang ni waktu lunch bagi sesetengah orang, maka sunyi rasanya. Aku suka keadaan begini, cuma ada lagu “arjuna cinta” berkumandang. Menenggelamkan radio busuk si garf. Memang aku tersiksa sangat dok kat sebelah dia. Tah apa-apa channel dia bukak. Tak berkembang. Kengkadang siap lupa turn off bila dia balik. Pelik punya pompuan.

Kat luar sana ujan turun selebat-lebatnya. Disertai dengan angin yang bertiup pada kelajuan 80 batu notika (laju beb!!). Bila pegi kat pantry yang bercermin tu, maka nampaklah bahawasanya kat luar tu dah putih jer akibat terlalu lebat ujan. Itulah anugerah Allah yang Maha Esa. Sesekali diturunkan hujan supaya kita bersyukur akan nikmat tersebut. Baju di sidai di rumah tu, harap sudah kering dan semoga ada orang yang tolong mengangkatnya. Lunch time aku nanti, aku harap juga semoga hujan ni dah berenti. Aku tak biasa lagi makan maggi, bak kata Od, maggi ker? Tatau laa!! Perut lapar, kepala ada sikit fenin, waaaaaahhahahah. Kalo kat umah ni, mesti ameer datang kat umi kan? Meh tido ngan umi… sejuk, sejuk gini, kalao ada petir dan guruh, lagi dia takut nak buat perangai. Masa inilah umi nak bermanja ngan dia. Tapi, itu semua khayalanku di sini. Still lebat di luar sana. Nak order pizza or mek donel? Alamak ongkosnya tinggal biru biru jer.
Kena jimat cermat.

Nanti tulis lagi.

No comments:

Post a Comment