it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Friday, June 09, 2006
Jumaat tiba jua
9 June 2006, 2.38pm
Hari jumaat akhirnya tiba juga. Sungguh lama rasanya seminggu ini. Duit dah semakin mengering. Benci perasaan takde wang ni. Sungguh menjengkelkan. Mana peginya duit aku??
Balik kampung ari tu takde belanja banyak, in fact, tak de beli benda mahal pun. Tanya kanda mana duit kanda, nak sikit buat belanja, diapun mengeluh. Huahaaahhhh, nak nangis dengar dia kata dia sendirik tak cecukup duit. Nak marahpun ada gak. Kerja sehari lebih dari 15 jam, OT boleh claim, tapi, mana peginya duit kanda??? Aku hampa.
Pagi tadi sampai opis kol 7.22am. Sunyi jer. Teringat plak, Od cuti hari ni. Maka takde genglah nampaknya nak chatting kat same time. Tunggu nina juren, lambat bonar sampainya. Aku cuba call kak timah, no answer. Dia cuti ker? Mungkin jugak. Semalam kata nak balik kampung, nak belikan aku labu sayong. Fed up betul. Gi cafe, terus baca surat kabar sambil makan nasi lemak. Then a. rais datang join aku makan. Si nina juren sangkut lagi kat pintu, tak ley masuk. Masuk ni dah 3 kali dia ada problem nak swipe masuk/keluar. Apa la si juren ni.
Sudah makan, masuk opis, start kerja. Garf memang tak sampai lagi, lambat sokmo. 5 days a week mesti lambat. Lantaklah ko, asal jangan nyusahkan aku sudah. Angie takde, course lagi 1/2 day. Boring takde kerja. Buat filing sesikit, kemas-kemas, buang mana yang patut.
Juren tanya cemana nak kerja sini permanently, soh aku recommend kat ST. Tak berani aku... aku sendiripun belum betul lagi, nak recommend orang lain. Aku nesihat kat Juren, soh kerja sampai 2 bulan penuh, then baru tanya kat ST or HR cemana nak buat selepas tu.
Lunch tiba, aku cadang nak amik duit kat tabung haj. Juren drove us to Jalan Ipoh, motive, kuarkan duit, boleh belanja makan spesel skit kat kg baru. Boleh belanja juren sekali. Tetiba sampai kat tabung, rupa-rupanya Jumaat tutup plak tengahari... huaahahahahh, sedihnya. Duit dah la ciput kat purse. Kenapa aku boleh terlupa.. eh, aku memang tak taupun yang jumaat tengahari dia tutup. Hanjeng betul, terus jer gi kg baru, gerai makan gerak 21? Layan perut makan nasi lauk gulai rebung, kerabu mangga, daging lembu bakar, ikan masin dan air suam. Cost me only RM3.50, amik kau, puas hati makan.
Juren jumpa kawan lama, si ju, a nurse at GH. Seronokla borak-borak sambil makan. Eh, orang lelaki ramai gak kat situ. Makan dulu baru semayang kot. Entah, kat pukul 1.30 pun masih ada lagi lelaki-lelaki tatau malu makan dan lepak di situ. Siap makan, balik. Rupanya si ju ni and juren ada kisah di sebalik persahabatan mereka. Terkejut bila Juren beritau kisah itu. Macam-macam ragam kehidupan...
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
Dah makan, kenyang, kena aircond, rasa cam nak balik tido plak. Rindu nak peluk ameer bucuk tu. Ameer semakin montel, actually tak montel, dia tegap beb, but very cute to touch. How i wish he's here. Nak balikkkkkkkk... Nasib baik esok cuti... yes!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment