Tuesday, June 06, 2006

Balik kampung

Selasa 6 Jun, 2006 10.46 pagi waktu Malaysia

Sudah dengar lagu Arjuna cinta from Dewa? Huiyooo, best. Macam lascar cinta jugak.

Bukan itu topic utama. Aku cuma nak citer pengalaman balik kampung hari tu.
Sungguh menarik. Walau mak dah takde, aku tetap sukakan kampung kuala perlis yang kian membangun di bawah pimpinan shahidan kassimnya. Masa mak ada dulu, suasananya berlainan sekali. Adik beradik rajin berkumpul. Mak jadi macam tempat anak-anak bergantung. Walau memasing dah berkeluarga, semua akan balik bila ada saudara-mara jauh datang, especially bila hari raya. Itulah time yang paling afdhal untuk membuat mak gumbira. Belila apa-apa untuk mak. Memang patut anak-anak buat mak suka, lebih-lebih lagi kalau kita jarang-jarang berjumpa. Aku sayang sangat pada mak. Dia aku layan sama macam mak kandung aku sendiri. Diapun buat aku macam tu juga. Setiap kali berjumpa, mesti cium peluk macam tu. Aku tengok anak-anak yang lain takde pulak begitu. Memang orang belah sana lain sikit. Habis kuat pun salam je la. Aku memang style gitu, bila orang tu aku sayang, aku akan peluk dia, cium dia macam orang Arab gitu.

Semenjak mak takde, adik beradik dah tak macam dulu lagi. Semua dah pecah belah. Memasing dah tak jenguk ayah pun. Kesian ayah. Bila kami balik kampung, memacam cerita ayah keluarkan. Orang tua tu jadi sensitif sangat. Ye laa, tentu dia terasa sangat kehilangan mak. Anak-anakpun tak kisahkan kebajikan dia. Pegila ke sana sini, cari tempat mana sesuai dengan dia. Elokk-elok dok ngan kak z, dia rasa rindu pulak nak balik kampung. Dah di kampung, kata pulak anak-anak tak pedulik dia. Tak tau mana satu yang betul pada dia. Dah jadi orang tua ni, kita kena dengar dia bercerita, pastu, kita kena tapis dan buat penilaian sendiri.

Kak z dulu bersusah payah menjaga makan minum dan sakit mak sehingga mak pergi. Rupa-rupanya ada anak-anak mak yang tak puas hati dengan kak z. Mereka kata mereka juga patut dapat apa yang kak z dapat dari mak. Allah itu Maha Besar. Yang tak puas hati tu adalah anak-anak yang ada cerita lain sebelum ni. Aku boleh nampak perubahan dalam hidup mereka. Dari senang, jadi makin susah. Ada yang jadi huru hara, bisnes jadi lingkup dan memacam lagi. Semua Allah bagi balik pada mereka atas apa yang telah mereka buat pada mak dulu.

Ini jadi ingatan pada kanda dan aku. Mak bapak itu mesti kita utamakan. Restu mereka perlu untuk kita teruskan hidup dengan aman-damai. Jangan sesekali menyakiti hati mereka atau buat mereka rasa tak dipedulikan. Akibatnya, hidup kita tak akan tenang.

Aku paling teringat bila hari raya. Mak akan masak ketupat pulut dan laksa kegemaran kanda. Usaha cari ikan yu, buat gulai favourite kanda. Kanda akan makan dekat 7, 8 kali sehari bila di kampung. Waduh, sungguh manis kenangan itu. Begitu sayang mak pada anak-anaknya. Setiap kali kami nak balik pulak, ke kedailah dia mencari asam, belacan, ikan kering dan pulut untuk kami bawa balik. Tak lengkap kalau tak ada tempahkan kuih kering untuk kami. Mak begitu berkira dalam bab-bab itu. Aku rindu sesangat pada mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat di sana….Amin.

2 comments:

  1. World, memang tak pernah jumpa mak mertua lain yang se"world" dia.

    ReplyDelete