Friday, July 21, 2006

Jamuan makan

Pagi ni, aku bangun cepat sikit dari biasa. Bukannya nak ngaji atau zikir lama sikit.. aku cuti daa, but untuk masak-masak. Si AAR tu teringin nak makan masakan aku. Kuang kuang kuang... macamlah dia pernah rasa aku masak. Yang dimintak tupun bukannya susah sangat, nasi putih lauk sambal sardin dengan telur goreng. Mudoh benor weh.. boleh la aku masakkan. Lagipun benda tu semua dah ada, takyah pi kedai beli lagi, boleh la aku penuhi permintaan kengkawan tu. Aku nanti nak ajak Juren makan sekali bersama seorang lagi pencinta sardin iaitu Mira Jojovich and Posh. Tentu seronot makan reramai dengan kengkawan gitu, katanya... Last-last jadi lah 3 jenis lauk campur ngan sayur kacang ngan keret tumis udang sungai (eh, ye ker?).

Maka, bila tiba time lunch tadik, berkumpullah kengkawan, makan-makan, gurau senda, amik gambo dan berbagai lagi sakan. Nasib takde mabuk-mabuk... hik hik hik. Takut tak jumpa jalan balik tempat memasing. Parah kau...

Tah lepas ni, maybe Monday, aku kena tolong boss boss Juren la nampaknya. Jangan cerewet sangat kata hatiku, aku benci kerja ngan orang begini. Tapi, i dont mind helping as long as people realize that i also have my own tasks to do. Itu ajork... takut tak sempat blogging, kuang kuang kuang!!

2 comments:

  1. Looks nice! Awesome content. Good job guys.
    »

    ReplyDelete
  2. Keep up the good work. thnx!
    »

    ReplyDelete