Monday, September 18, 2006

Keluargaku berkumpul lagi...

Balik jog pagi tuh, kanda called katanya tak sampai lagi tren ayah. Kol 9.30am baru nak sampai kat KL Central. Hai.. ada gak kelemahan keretapi kita yek... 2 jam beb. Kanda kata, nak gi amik Abang brahim and Wati from Sham's house to bring to the station and together with ayah nanti they will lepak at our house.

My cucu, hmm, dah bercucu beb, si Ain, anak Wati tu just had an operation, jantung problem at IJN. Sian dia, but she's recovering and can only be released esok. So, hari ni kami semua kumpul nak pakat pi visit dia la kat IJN ni. So, kumpullah kat teratak comel aku semua ahli kuarga belah kanda. Wow, memang kecik umah aku, baru tambah 4,5 orang dewasa, dah jadi sempit giler...

Aku berhempas pulas la masak. Kanda kata Kak Zizah is on the way plak with another anak sedara and family dia. Wow, really great to have all the family in my house yang comel ni (how i wish i had a bigger house... (macam taman selayang sejati tu katanya!!).

Masak apa? Hmmm.. kanda request asam pedas again. Sedap beno la kot, sebab semalam da makan itu lauk, arinih, request yang sama jugak.. boleh? Hmm layannnnn. Ikan kembungpun, kembunglah, janji asam pedas katanya. You suka, i pun suka jer lah! Aku tengok, semua orang berselera makan. Bagus, tak membazir.. menambah semangat aku nak memasak lain kali, tak gitu?

Petang, semua gerak gi IJN. Ain dah okay. Dah makan memacam dah katanya. Sedangkan kat dada dia masih clear bekas bedah panjang melintang sampai ke perut, lobang sana sini bekas cucuk, dan baru umur 6 tawun, dia relax jer. Even kat leher pun ada plaster. Eeeei... ngeri. Moga Allah berikan dia dan keluarganya kekuatan menghadapi semua ni. Semoga dia cepat sembuh dan lead a normal child life. Tentu banyak dia miss masa dia sakit dari lahir dulu. Semoga Wati dan Eddy tabah hadapi semua dugaan Allah kepada mereka... huaaahhh, sedey beb.

Semua ni buat aku lebih sayang kat keluarga dan kesihatan yang Allah beri. Lebih menyemarakkan usaha aku untuk menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment