Tuesday, October 17, 2006

Raya Spirit

7 hari lagi nak raya

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Kini tiba Syawal menjelang

Lagu anuar & elina ni masih lagi berkumandang setiap kali nak raya. Aku tak hingat liriknya sumer, but lagu ni dirakam masa zaman aku kecik-kecik dululaa. Zaman nuar and elina tu sama ngan aku, so, aku rasa cam teruja bila sampai sekarang boleh hingat gelagat dua budak-budak tu kat pentas masa show raya dedulu.

Korang tentu ada kenangan manis hari raya kan? Pada aku, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling manis menyambut raya. Dulu-dulu nak makan sesedap, rayalah masanya. Ketupat, lemang, rendang ayam, daging, kuah kacang, lodeh, lontong (ada beza ker?), kek, kuih bahulu, kuih tart dan sebagainya. Sekarang ni, makanan ni sumer dah boleh dapat anytime kat pasar atau pasar malam. Tak syok dah. Bebudakpun tak looking forward nak makan benda-benda ni semua sebab dorang dah biasa. Entahlah, mungkin pada budak-budak sekarang, especially anak-anak aku, raya ni time dorang berkumpul sumer adik beradik dan collect duit raya je kot. In fact, itu dulupun misi kami jugak, but bab makanan tu dorang tak heran kan?

Cuba bayangkan lagi 20 taun or even 10 taun akan datang, cemana raya agaknya pada budak-budak?

1 comment:

  1. esok esok kot kot lawan sapa nyer mms lagik cun kot... maklumler, dunia siber global glokal gitu

    ReplyDelete