Friday, October 20, 2006

Rindu

20 October 2006

Aku rindu nak cuti dah. Aku rindu dok kat umah, tukar langsir baru and feeling-feeling ari raya. Aku rindu nak dengar lagu-lagu raya berkumandang berselang-seli dengan takbir raya. Aku rindu nak pakai baju raya, pakaikan baju raya untuk anak-anak aku tu... huaaahhhh. Rindu nak cium tangan kanda.. hmm, sejak bulan posa ni asik tinggalkan dia kat bilik air jer every time aku nak gi kerja, ye laa... aku takut lambat maa! So, jerit jer kat dia "kanda, saya pegi dulu ye!", gitu la semenjak bulan poso ni. Tak baik, kan??

Apa lagi? Hmm, rindu nak tunggu along and angah balik dengan kuarga mereka. Rindu nak tolong mak potong daging buat rendang. Rindu nak nganyam daun ketupat. Rindu nak beramah mesra ngan adik beradik. Huahhhhh, nak balikkkkkk!

No comments:

Post a Comment