Monday, October 16, 2006

Buka Puasa

Ini kisah ari Sabtu baru ni, 14 Oktober 2006

Petang about 2.30, aku dah mula sibuk. Sampai kat umah, kanda dah lepak tengok tv. Aku tanya dah vacuum ker rumah, dia buat-buat tanya plak, as if aku kena bitau buat apa, kenapa, bagaimana! Pandai kata malam sebelum tu, segan orang nak mai umah, bersepah, tapi buat-buat tak reti jer bab nak ngemas.

Lepas solat, akupun mulalah nyingsing lengan baju. Nak masak mi hailam spesel gitu.. Kanda plak, dengan selambanya, terus naik katil tido... huaaaahhhh, geramnya. Aku tanya, siapa nak tolong saya? Dia buat donno, terus tido gitu... boleh? Tapi tadik mintak memacam, aku kata nak buat mi hailam, dia soh buat mi kari, sesenang jer order, hiii!!

Dah ct and family nak mai, aku jemput la mak and abah sekali, since depa tak pernah buka tempat lain selain rumah depa. Si Id ngan zul plak, nampak gaya cam tak sudi, biarlah, org sibuk bercinta nak wat per aku ngacau? Aku nampak muka Am cam kemut-kemut bila aku ajak mak tapi tak ajak dia. Aku tau capacity umah aku tu. Cuma boleh muat abis-abis pun lagi 7, 8 orang jer. Relax laa, am pun dah balik for good from Lumut, so, banyak masa lagi sebelum raya that we can invite her plak. Petang tu, aku tengok Am sekeluarga keluar, nak buka di luar le gamaknya.

Hmmm.. sensitif sangat sekarang ni. Abis, dulu, even sekarang ni pun aku rasa dia memang rasa dia banyak power, order tu, ini dan memacam kerenah sampai kanda yang sabar pun buleh naik hangin beb!! Aku takmo give in sesenang lagi kat dia tu.. almost all the time pandang rendah jer kat kami.. memanglah kami miskin, tak setaraf ngan dia, but takbley la buat cam sesuka ati kat kami. Lecey laa.. Semenjak pistiwer tu, aku takmo lagi close ngat ngan dia... biarlah aku buat hal sendirik, asal hati aku tak sakit. Walaupun aku ala-ala brutal, akupun ada hati dan perasaan...

Eh, berbalik pada kisah buka tadik, bila dekat kol 7 tuh, ct and family pun sampai. Mak and abah pun mai at the same time. Abah siap bawak laksa sendiri dari umah and only requested a chili sauce to eat the laksa. Simple beno abah aku tu... sian dia, bulan posa ni, takde kerja dia! Ngadu gak kat aku, but aku selalu kata, relax la bah, mungkin Allah nak try abah, soh berehat, cuba buat posa penuh... Alhamdulillah, bila aku nasihat (ewah, nak nasihat abah konon!) dia bleh terima jugak. Aku kata duit tu boleh cari, but bulan Ramadhan datang setaun sekali jer. Aku selalu dengar abah citer tentang nenek ... sian abah, memacam dugaan dia tu.


ni gambo mi hailam kering, yang aku buat tu basah, lagi ummph!!

No comments:

Post a Comment