Tuesday, January 30, 2007

Sarapan

Aku terlupa pagi ni aku ada janji ngan mira novelis and kak timah. Janji nak makan kat WCC. Sekarang tak panggel WCC, dah tukar laa.. Menara EON gitu. So, by 7.05am, Mira dah called. Ada ke patut, awal-awal gitu dah sampai? Mesin apa dia guna pi kerja? Tentu the wonder of LRT nih. Cecepat akupun, takkan la by 7.05 dah ada kat opis. Meroyan beb! Dia tanya aku kat mana? Dah tentu-tentu aku still kat Jalan Kuching tu, masih beratur amik giliran.

Lambatnya la dorang berdua menunggu aku kat lobby office. By 7.40 baru aku sampai. Terus pegi jer kat Menara EON. Ingat nak makan megi goreng, hmm, kakak megi tu pun blum siap menggoreng lagi. Makan je la apa-apa yang ada. Yang penting dah lama tak makan ngan dorang. Dulu-dulu, i mean about 6 months back, aku selalu la makan sarapan ngan dorang kat situ. Faveret food, tentulah megi goreng tu. Kedainyer, itulah, kedai kakak cina muslim tu. Masakan dia memang tip top, kalah mawi punya mamee slurp kari berapi tuh.

Anyway, we had fun. In fact, Mira ngan kak Timah dedua pakat pakai baju kurung kuning, macam boria jer. Sib baik aku tak sesama pakai baju kuning aku tadi, kalo tidak, tentu complete set of 3! Waha hahaaaa!

1 comment:

  1. amboi, nampak sedap tu... hingga menjilat window....!! aumm!!

    jaga2 skit, nanti kat tempat kita ada plaks megi goreng bungkus.. hua huia hua, satu dia jual 3.00.

    ReplyDelete