Thursday, January 18, 2007

Tercampak

Well, orang kata.. kita kena chicken pox sekali saja dalam seumur hidup. Korang da kena ke belum? Aku dah kena masa tunggu result SPM, tengah duduk rumah nenek kat Klang. Abis satu badan miang and sakit jugak. Atas kulit kepala penuh kudis akibat itu chicken pox yang sungguh menyayat hati.

Sekarang ni, my office mate, si Ain pulak kena penyakit ni. Dokter bagi dia MC 2 minggu. Kesian dia. Sebelum tu, dia dah amik MC 2 hari sebab jatuh kat rumah dia.... sakit pinggang, balik ofis pulak, tetiba demam dapat lagi MC, rupanya dapat chicken itu! Semoga dia cepat sembuh dan kembali bekerja segera. Sunyi rasa nya opis dia takde. Padan muka si Garf, kena kerja lebih... Masa ni lah awak nak kena tolong kengkawan, tak gitu?

Bila ingat-ingat since first day Ain join, memacam dugaan dia dah terima. Sakitlah, gatal-gatal badan, sakit mata dan skrg chicken pox. Boss dia ramai, semua aktif-aktif belaka. Semua the very the high expectations towards her. Some time aku rasa dorang tak adil buat dia begitu. Dia masih dalam process belajar, tentulah ada kesilapan di sana-sini. Boss dia patutnya berilah dia peluang, sambil tu tunjuklah dia dengan cara yang lebih berhemah tinggi. Bukan rugipun, berlemah lembut!


1 comment:

  1. sabar tu separuh dari iman. kalo dah mmg reti wat keja org mesti nampak punye. kalo ada yg tak nampak2 dia tu musti rabun siang.

    ReplyDelete