Thursday, June 14, 2007

Kuantan

Meh aku citer plak bab jenjalan cuti-cuti mesia aku bebaru nih. Kita lupa bab kena tipu ngan mambang, boleh? Bukan menarik ngat pun, just a day trip jerrr, but puas laaa, dari nganga kat depan tivi jerrrr, kan?

Ada cousin lelaki aku kat Kuantan, menikah dah the previous week before last week, so kami pegi majlis kenduri dia je kat Kuantan tu. Kalau bahasa banjar, Kuantan tu maknanyer periuk tau, so if this is the thing they named the state after, it means a biiiigggggg periuk la, tak ke Pahang tu negeri terluas di Mesia barat?

Ha.. bukan nak citer sangat bab kenduri kawin ni, walau aku tau pengantin tu tentu seronok bila tiba musim ujan macam sekarang ni, tapi aku sebenarnya nak citer bahawasanyer Kuantan tu bukanlah jauh mana kalau kita nak pegi. Well, melawat sedara mara, bukankah di tuntut agama? Lebih-lebih lagi kalau dijemput, kan wajib pegi?


Lepas zohor, kami plan takmo balik terus, but pegi Teluk Cempedak or TC, org Kontan pangge. Fullamak, last sekali aku pegi laut was on August last year kat Tg. Bidara. But this is different, tatau cemana.. bila nampak laut, rasa syiok, rasa takut, rasa saspen, sumer ada la dalam hati aku. Bebudak nak mandi kat laut tu, kanda kata jangan buat pasal, laut tu menjunam terus dalam. Takutttt... aku ni memang fenakut la lelebih lagi lepas peristiwa 26 Disember tuh. Akak rela main-main pasir jer nyah, takpe lah! Bebudakpun setakat main ombak je, jadilah kan?


Yang syioknyer trip tu, ayahanda sponsor, boleh? Hmmm... aku memang sayang sangat ayahanda, dey, sapa tarak sayang dia punya bapak, walau dia tak sponsor pun the trip to Kontan tuh, tau! But dia rasa suka sangat bila kami tiga beradik berkumpul ramai-ramai, bawak dia and mak pi jenjalan gitu. Sesekejap nak berenti pekena teh tarik, kejap lagi nak berenti makan nasik lemak, dah tu berenti pulak ke tandas la, memacam, but... itulah yang menarikkkk sesangat jalan ngan ayahnda tu. Dari aku kecik dulu, sampailah sekarang nih.. dah tiga puluh tuuut tahun dah nih!

Semoga ayahanda terus sihat sejahtera dan sebelum aku terlupa, baik aku ucapkan kat dia... heppi father's day!! We all love u!!

2 comments:

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...