Monday, September 17, 2007

Pesanan

Hari ni kat opis, anak2 aku col ada la 5 kali kot.

Amal col tanya, "Umi, nak suruh amal kuarkan apa dari peti ais? Nanti balik umi nak masak, kan?"
Aku jawab, "kuarkan ayam and hot dog kalau ada lagi, pastu kuih-kuih tu jangan lupa kuarkan sekali!"

Aku tak ingat nak col dia, sib baik dia ingat, kalu tidak, harus beli jer makanan untuk berbuka hari ni. Aku jemu jugak, asik2 makan kari ikan, sambal ayam percik dan kuih tah haper-haper. Amal bukan makan sesumer tu, dia still soh aku gorengkan telurlah, cam biasa. Tensen tak? Makanan berbagai, dia cuma ambik telur goreng ngan nasik masa buka puasa. Sian..

So, petang ni, aku balik, terus masak nasik, masak tomyam sikit. Goreng telur lagi, dan lagi, dan lagi. Hmmm....

Kanda tentu tak puas hati lauk tomyam ngan telur, tentu dia beli lain kot.. tah tah, tak dapat buka sesama. Allah..... dah keje dia gitu, biarkan, relakan je la kan, kan?

Teringat amal tadi, dia bukan col untuk tanya itu saja, dia nak mintak aku belikan watercolour bersama brush untuk keje-keje seni masa lapang dia la tu. Hai.. anak ku yang seorang nih...

Adik col jugak, mintak aku belikan coklat cadbury... tapi dia cakap gini... "Umi, balik nanti umi belikan ameer coklat cadbury, tau? Ameer tak nak yang ada kacang, "

Aku tanya pulak, "Kalau ada kismis, boleh tak?"

Ameer jawab, "Takmo mi, ameer nak yang coklet je, takmo lain-lain, tau?,"

Amboi, amboi... sakan dorang memesan ek?

3 comments:

  1. selera macam2 kan... aku nak gi pasar ramadhan jap. Nak beli nasi ayam, mee bandung, ayam percik, sotong goreng tepung, air bandung cincau. Cukuplah untuk aku buka puasa nanti..

    ReplyDelete
  2. debik,
    ko lagi sakan dari bebudak ek?
    anyway, selamat berbuka..

    ReplyDelete