Wednesday, May 05, 2010

Jalan paling banyak di dunia

Ha kauu.. tajuk tak hengat diri..

Ni kisah semalam la.
Aku gi ngaji tajwid setiap senin selasa. Kemarin syioklah, lepas kelas, kanda dah tunggu nak amik. Semalam, dia meeting (apakah ..lakiku ada meeting... ), maka aku kenalah berjalan, jalan dan jalan hingga ke stesen bas. Mencik tau... tapi apakan daya. Sekarang ni, kalu jalan sehari kurang dari 2km tu kira bagussss sgt. Used to walk more masa subuh2 kelala exericse regime dulu.. Dah takde kereta, tulah akan aku lalui sehingga kembara kembali bertugas nanti.

Kaki aku ni dah naik muscle. Musti korang yg selalu2 jalan kata .. elehhhh, kitorang dah selalu2 jalan, takde apa2 pun. Tu kira advantage la kat korang, kan?

Well, baguslah kalu amik sebagai exercise, ye tak?
Aku semalam, jalan dari kg nakhoda balik umahku di Selayang Baru, pastu kecoh2 nak kuar gi Astana plak nak gi poco2. Kanda ni kan ke bizi, tak sampai2 lagi, aku kuar jelah, jalan lagi, jalan jalan jalan sampaiii lah kat fazira seafood, mampoiiih... sib baik kaki aku okey, takde buat hal.. jumpa kanda kat situ. Tit tit... terus dihantarkan aku naik moto, merempit berdua ke Astana utk berpoco2. Amik kau.. tak berenti2 aku bergerak, sampai abis peluh jantan betina semua kuar. Hehehe.. Aku puas. Ramai pulak yg menegur aku dah kurus.. hehehe, lagilah seronok... even cikgu poco2 tu, Liapun stuju aku dah kurus.

Dengar tu hati.. teruskan usaha kita ye?
Sandarkan semua kesusahan kita pada Allah yg satu.. semua boleh diberesin..layannnnnn!

No comments:

Post a Comment