Tuesday, July 05, 2011

vision possible

petikan dari utusan malaysia online - kota


DCL rai 1,000 pengedar, kakitangan pada Malam Gala



Stapa Omar (lima dari kanan) bersama isterinya yang juga rakan kongsi, Azlina Che Abdullah bersama penerima anugerah pada majlis Makan Malam Gala DCL di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 4 Julai - Hampir 1,000 kakitangan dan pengedar syarikat jualan langsung terkenal, De' Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL) diraikan pada majlis Makan Malam Gala DCL 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam semalam.
Majlis bertemakan 'Vision Possible' itu merupakan program tahunan yang diadakan bagi menghargai pengedar DCL di seluruh negara dan dari Indonesia,

Filipina dan Brunei.
Pengasasnya, Datuk Stapa Omar berkata, pemilihan tema tersebut adalah bersesuaian dengan majlis berkenaan bagi menetapkan visi jangka panjang jualan produk DCL.

"Apa juga visi boleh direalisasikan. Namun, apa pun visi yang dibuat perlu jelas dan dilaksanakan dengan betul," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Ramli Sarip dan kumpulan Kopratasa serta penyanyi dikir barat terkenal, Halim Yazid.
Selain acara cabutan bertuah, pelbagai anugerah diberikan kepada wakil pengedar yang berjaya antaranya Anugerah Khas Jasamu Dikenang.


Turut diadakan ialah Anugerah Khas Wira Setia Sedekad, Anugerah Khas

Piala Datuk Azlina dan Anugerah Khas Piala Datuk Stapa.

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...