Friday, November 02, 2012

ceritaku semalam

tajuk tak boleh belah, macam citer jins samsudin... kenal ke jins?  yg muda2 mungkin tak kenal kot, but jins samsudin ni sgt hensem masa zaman mudanya, and dah berumur sikit dia jadi director pulak, and byk filem2 dia ada perkataan "esok" selalunya.. haa.. esok masih ada, tiada esok bagimu.. apa lagi ntah.. acikpun dah lupo.  dia uzur pulak skrg ni kabarnya.. sama2 kita doakan dia dirahmati Allah.



akak plak nak buat cerita semalam.. yelah dah past baru boleh citer pengalaman ye tak?  kisahnya, akak ni sekarang car-less tau.. kembaraku mogok daa.  kanda tak benarkan naik takut membahaya katanya.. hui, jgnlah buat pasal lawan jugak sbb aku ni bawak kereta tu utk hantar and amik mak & ameer pi balik surau, pi market (bunyik la macam org penang ckap), pi check up doktor mak, pi hantar budak2 pi CC.. and sebagainya... haruslahhh bahaya okey?

nak taknak pi keje samada naik moto or naik kereta kandalah pulak.  semalam jenisnya kanda sgt bizi, but how else nak buat, dia hantarlah jugak aku pi komuter.. pukul 6am kami dah kuar ke komuter kauu.. eh.. dah ramai org la .. terkejut gak, tapi takdelah takut sgt sbb dah ada org2.. pikir2 balik, sib baik kanda mau hantar ke komuter, kalu tak, pakat EL jelah aku semalam.. eei, tak suka tau.. kita suka keje kita tauuu..  so, yg jadi masalahnya ialah time balik nanti.  ramai je yg sama2 naik komuter ni ke batu caves, but aku ni nak tumpang org tu sangattttlah segannya.  taulah aku ni kan.. pemaluu. kah kah kah.  cari kak nita, dia kata dia tumpang husband dia.. pastu dapat nora.. dia kata ok, tapi kereta dia kecik katanya.. adoi, aku yg malu tau, sebab aku besar.. heheh.. aku dah lega, ada gak kawan nak numpangkan even smpai simpang laksamanapun jadilah.. aku akan pakat jalan je lah dalam 300 meter gitu nak ke rumah.  tup tup dedekat kol 4 tu, dia bitau dia tak sihat plak, dapat mc, dia dah nak balik.. oho... terpaksalah aku tukar plan pulak.  semua tak menjadik.  ku pikir2, haruskah ku tunggu kanda and balik sama dia?  kagak mungkin.. ntah kol berapalah.  and aku takmo keras kat opis.  huhu.. tiba2 dapat idea, tanya sheila.. ya allah.. sheila kata boleh.. lega sikit, cuma dia kata kena tunggu hubby dia bagi signal la.. oraitla tu, takdelah lama sgt.

dah dekat2 kol 6 kanda called, dia masih di PD katanya.  takpelah.. tiba2 aku pikir baik aku balik dgn tren and turun di taman wahyu sbb senang dapat taxi or bus kat situ..  terus aku bitau sheila, tak jadi mentumpang dia, nak balik dah, turun kat wahyu..  drastik tauu..  trus pi kl sentral.  beli tiket. dah dapat tiket harga najib tau.. 50sen je ke batu caves.. ha, jimat ni, sempena pru13 nii..


sekali kau.. tren sampai je kat klsentral, aku naik, dia terus tak bergerak2.. di situlah bermulanya kabut serangkai mawar kisah semalam.  it took me 2.5 hours to reach home.  sampai umah, pengsan, sebab letih, sebab kena ujan lagi almost all the way dari stesen batu caves ke rumah, walaupun tak lebat, still terasa.  lututpun sgt letih sbb berdiri lama sgt.

ya Allah.. sesekali Kau bagi dugaan beginipun aku tak sanggup dan aku dah mengeluh.. ampunkan aku ya Allah.. kau jadikanlah aku org yg kuat ya Allah dgn ujianMu.  cuma jgnlah kau bolakbalikkan hatiku bila perkara begini terjadi.


2 comments:

  1. hahahah... sabar dan redha jer lah kak su... sebenarnya kalau orang dah biasa, yang hari2 mmg naik public transport tu, dia orang dah tahu dah trick dia camne...

    ReplyDelete
  2. kannnn.. akak ni kalut sbb x biasa lah kottt

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...