Tuesday, September 23, 2014

bengkok

"bengkok" adalah keistimewaan & kelebihan wanita.

apabila Baginda Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa wanita itu diciptakan bengkok bukanlah satu kerendahan, bahkan hakikatnya ia satu "keistimewaan" and "kelebihan" buat wanita.  kita sedia maklum bahawa Allah telah menjadikan wanita itu diciptakan mempunya emosi dan perasaan yg tinggi serta hati y g lebih lembut berbanding lelaki.  kejadian beigni hakikatnya amat diperlukan oleh wanita dalam menunaikan tugasnya yg asasi.

tugas ibu yg mengandungkan anak, menyusu serta memelihara mereka amat memerlukan kepada perasaan yg halus, rase sensitiviti dan emosi yg tinggi.  hingga si ibu mampu untuk menyelami perasaan si anak, menjiwai kegembiraan dan kesedihan mereka dan merasai kepayahan dan kegusaran mereka.

seorang suami juga memerlukan seorang isteri atau isteri2 yg lembut dan mudah memahami dan menyelami utk menjamin kehidupan rumahtangga yg sejahtera dan harmoni.


"berwasiatlah dan berbuat baiklah kalian kepda wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan drp tulang rusuk.  bahagian yg paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian yg paling atasnya.  jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya.  dan apabila kamu biarkan saja, maka dia tetap bengkok.  maka itu, berwasiatlah kepada wanita dengan baik."
(HR Bukhari, bab berwasiat dgn wanita, no. 4787)

Adakah hadis ini menggambarkan kelemahan serta kerendahan buat kaum wanita?
Baik, mari kita telusuri hadis ini..
Hadis ini hakikatnya bukanlah merendah2kan kaum hawa.  akan tetapi Baginda s.a.w ingin menegaskan dan menjelaskan tabiat semula jadi kejadian kaum hawa yg telah Allah ciptakan.  

Maka disebabkan kejadiannyha yg semulajadi bengkok itu, Baginda s.a.w melarang kita drpd melakukan kekerasan terhadap wanita sebagaimana kita tidak mungkin boleh meluruskannya walaupun dengan pembedahan kerana ia hanya akan menghancurkan tulang rusuk itu.  maka kita perlu kekalkan "kebengkokan" tulang rusuk itu sebagaimana kita perlu terima "kebengkokan" wanita.

Wanita itu bengkok?  Wanita berbeza dgn lelaki drpd segi penciptaandi mana dlm diri wanita itu mempunyai beberapa perkara yg Baginda s.a.w menyifatkannya sbg bengkok.  Wanita biasanya mudah dikalahkan oleh perasaannya sehingga mereka byk hilang sikap bijaksana dlm mengambil satu2 keputusan.  Akibat cepat emosi twesebut, perasaan wanita sering berubah2. 



Kerana itulah Baginda s.a.w meminta kaum lelaki agar bersikap sabar dlm berhadapan dgn perilaku dan jgn berkasar kerana ia tidak akan membuat kebaikan buatnya.. malah mungkin akan menghancurkannya spt mana sabda Rasulullah s.a.w "Jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya." 

Kaum lelaki haruslah ingat bhw wanita bukanlah sengaja memiliki perilaku tersbut dgn tujuan utk menyusahkan mereka.  Akan tetapi ia merupakan takdir Allah atas wanita.  Allah telah memberikan kpd wanita satu sifat khusus serupa perasaan sensitiviti yg tinggi dan cepat emosi.  Maka seoranh suami jgnlah mencaci maki akan kelemahan wanita ini.. akan tetapi mereka perlu bijaksana dlm menangani sifat halus wanita itu.


Copied from majalah iman, bil 31.. 
By S
Ustazah Suriani binti Sudi
Pensyarah jab alquran n sunnah
Kolej UIA selangor (KUIS)







No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...