Monday, April 13, 2015

ikan masak pindang

taukah korang apakah masakan paling ringkas tapi paling sedap dan paling berkhasiat?
jawapanya ialah masak pindang.  tataulah korang panggil apa, tapi aku mmg kenai lauk ni sebagai masak pindang.  laki aku kan suka lauk yg berkuah2.  kalu aku dah bosan dengan kari or ikan tu tak sesuai buat masak asam pedas, akupun mempindanglahhh.. cepat dan pantas kauu..

meh amik resepi:

Ikan selayang masak pindang

3 ekor ikan selayang (ikan sadin basah)
2 biji tomato
1 helai daun kunyit
3 cawan air
2 keping asam keping
garam seckup rasa

bahan utk ditumbuk:
2 bijik cili masak
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar
sedikit garam supaya senang menumbuk

cara memasak

masukkan air dlm periuk dan masukkan ikan itu utk direneh perlahan2.  masukkan asam keping dan masukkan jugak daun kunyit yg sudah diracik2.  bila bahan tumbuk/kisar sudah siap, terus masukkan dalam periuk dan biar api perlahan2.  bila hampir masak, potongkan tomato dan masukkan sekali hingga sekali lagi mendidih.  utk lebih menyedapkan, boleh juga ditambah sayur bendi.  sebab sayur bendi mmg sangat sedap bila masak masam2 begini.

cubalah.. mudah, sedap dan berkhasiat.  makan plak dengan nasik panas2.. tu je dah ckup.  eheheheh..






No comments:

Post a Comment