Waktu ini aku terjaga.. mata x leh lelap lagi. Teringat apa yg aku lalui semalam. Ditinggal ketapi. Bukanlah kali pertama ditinggal saat aku cuba berkejar2 utk dapatkannya. walau tau aku akan dapat ketapi seterusnya tapi setiap kali berlaku perrkara itu aku tetap rasa hampa. Mungkin kerana aku rasa aku dah cuba sedaya upaya.. mungkin itulah sifat manusia. Ada rasa hampa, kecewa dan rasa gagal mencapai apa yg diinginkan.
Semalam juga aku ada terpanggil utk berfikir tentang bagaimana hidup jika aku dimadukan? Adakah aku rela? ini perkara besar. Kalu Allah dah tulis utk aku hidup dgn madu, tentu lain rasanya. Tentu Allah nak uji keimanan aku. tentu begitu kan? Aku sgt ingat satu masa aku pernah tanya dia, adakah dia mungkin menikah lagi.. and aku cukup ingat jawapannya tidak. Tapi aku juga ingat manusia itu boleh berubah kerana kita semua diciptakan baharu dan tidak sempurna. Suami itu bukan hak milik isteri dan sebab itu islam benarkan lelaki bernikah lebih. Ramai wanita ckup anti dgn perkara2 poligami. Ramai lebih rela membuat syarat biarlah dia dilepaskan dr dia hidup bermadu. itu pikiran yg biasa didengar dr mulut kebanyakan wanita. lelaki yg fikir ingin menjaga hati isteri akan melupakan niat menambah bini itu. Jadi niat itu akan terpadamkah? Mungkin ada yg boleh memadamkannya.. mungkin juga ada yg tetap berusaha kerana naluri lelaki itu yg terlalu byk rasa kasih syg cintanya. Lalu terjadilah nikah di negara jiran. Dan rahsia tetap menjadi rahsia kerana namanya menjaga hati. Ish.. aku rasa bersalah pulak menuliskan kisah ini. tapi aku tetap nak tulis. di saat ini ada ramai lelaki2 di luar sana yg mungkin sudahpun menikah lebih dr seorang tanpa pengetahuan isteri pertama. sesuatu yg halal dirahsiakan demi menjaga keharmonian rumahtangga pertama. Tentu byk kali hati2 suami dan isteri kedua ketiga or empat (selalunya x smpai) ini telah terluka demi menjadikan satu ikatan halal.. walau rahsia.
Bayangkan pulak if suami terus menikah dan dia setuju melepaskan isteri pertama (walaupun berat) kerana puas dipujuk utk bermadu dan masih terus berkhidmat bersama2 madunya utk melayan suami.. dia tetap ingin dilepaskan. Tentulah dia akan jalani hidup baru sebagai janda.. dan tiada lagi pahala or keberkatan yg byk sebagai seorang isteri kepada suami. Mmg sgt mudah mendpt pahala bila bergelar isteri dan semua gone bila sudah diceraikan. Bagaimana? Sedangkan kita tau jika islam telah membenarkan poligami.
Org kata boleh cakap mudah.. yeah.. itulah dia kann? Aku cuma mahu tuliskan entry ini utk catatan dan untuk ingatan diri sendiri.
Allah itu lebih baik perancanganNya walau bagaimana hebatnya kita hamba2 ini turut merancang!!
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Tuesday, April 14, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment