Tuesday, May 03, 2016

kecik sangat dari sekangkang kera.. huhuu

semalam i pi giant, teman along i beli barang2 dia nak meniaga.  along i sejak tak tolong i masakkan utk family i, dia dah meniaga kuih muih join venture dgn kak bedah kat ujung jalan umah i tu meniaga.  seronok tgk along beria meniaga.  baguslah buat apa2pun kalu suka, beria2, in sya Allah ada kelebihan dan keuntungannya.  lagi2 meniaga, double dapat.. pahala sunnah dapat, duit pun dapat, kannn?  so, sesekali i temankanlah along bila barang dia tu agak banyak dan susah dia nak ngayuh beskal pi beli.  sian.   kalu tak i tolong, sapa lagi, tu jelah bantuan i boleh bagi ke ibu tunggal tu.  

eh, nak citer apa ke tadi?  oh ye, kat giant tu semalam..  terjumpa anak sedara i, anak akak ipar i yg kat pahang tu.  kira anak sedara laki i la, nadia.  dia masih study ke atau dah keje i pun dah tak ingat.  setau i dia masih belajar, but buat practical kot.  entahlah.. salah info pun nasiblah.  terjumpa dia, dan bersalam tanya kabar lerr.. dia nak ke hospital selayang katanya, melawat kawan sakit mata.  dia mintak tolong i kem salam kat paksu dia.  dalam hati i.. ohhh, hospital selayang tu dah dekat beno dgn umah i.  in fact, rumah i lagi dekat if she wants to singgah.. ekekekek.. tetiba terdetik  pulak di hati i,  mana la sedara mara nak singgah umah kami, mmg umah kami bukanlah sesuai utk diziarahi, kerana terlalu kecik di pandangan mata laki i pun.  asiklah kata umah kecik sgt, bersepah2 pulak tu, tu yg sedara mara dia takmo singgah.  aduhai, itulah ayat2 dia pasal umah tu.  i sedih bila mikirkan bab umah.  i rasa dah syukur umah takyah bayar sewa, tapi tulah, memang kecik.  anak kami sibbaik 2 ketui ja, if ramai, tentu ntah apa kata laki i pasal umah tu.  abah oh abah, teringat arwah abah berusaha bagi kami anak beranak duduk umah dia buatkan kami rumah dgn titik peluh dia sendiri.  dah tu, laki i dok kata tu ini pasal umah sekangkang kera ni.  mmg sedih dapat laki yg selalu mengungkit dan tak reti bersyukur.. lantaklah org kata apa.. i feel so hurt right now.  i wish my laki membacalah tulisan ini.

if you rasa umah kita too small for u, find us a bigger house.  buy it or rent it.  up to you.  banyak duit, so, do your thing la.  jgn ngomel kata umah mahai, nak beli kat kampung la konon.  utk bersara.  sempat ke bersara?  kalu asik merungut, baik beli utk pindah sekarang.. dia nak hidup selesa sekarang kan?  buat apa la beli umah di kampung nun.. sapa lah nak duduk di kampung?  bila i suarakan rasa hati, tu la jawabnya.. mahai.. pehtu soh sewa je umah lain.. diam pulak.  diam tu tandanya apa?  hmmm.. sakit hati i tau. blog ni je tempat i mencurah rasa.

bersyukurlah dgn apa yg ada.  kalu duit bertambah, tapi kau jadi lebih berkira.. buleh bertambah ke rezeki tu?  boleh berkat ke rezeki tu kalu hari2 merungut tak cukup duit sedangkan kau sgt2 berkira dgn isteri?  podah.. pedih wor!!




No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...