Tuesday, November 29, 2016

kecewa

dalam sehari berapa banyak kekecewaan yg kita boleh terima?
yelah sebagai manusia
sebagai pekerja
sebagai binik
sebagai kekasih
sebagai ibu
sebagai kawan
sebagai pendengar
sebagai blogger

aku rasa tahap kecewa aku dgn org lain berbeza.  tentu2 la kan.  org beriman dan beramal soleh, boleh dengan tenang menghadapi segala yg berlaku. aku ni tahap mana iman..?  terlalu lemah lagi, cetek dan masih berusaha nak hadam apa yg berlaku.  bila aku rasa kecewa.. aku sedih, ni semua sama pada semua org macam aku.

ada org akan senyap, diam tak boleh nak ckap apa2.. tanggung sorang2 dalam hati
bagus begitu.. tak siapa tau kekecewaanmu.  lagi2 kalu ko cover dengan senyumanmu

apakah yg buat kau kecewa su?
semalam aku kecewa sikit bila dengar berita yg aku agak2 dah boleh rasa akan berlaku.  Sally bitau the group will have to shorthened the trip.  probly less than 10days.  dapat pegi few countries saja.  bukannya aku ni tak bersyukur, aku ni cuma sedehhh.. dah taqdir, sebabnya sangat kukuh utk kita terima, family dia yg sedang dalam ujian Allah sekarang ni.  asben Sally tiba2 jatuh sakit, dengan bp yg mendadak naik kemarin kena kejarkan ke spital.  di saat2 akhir kami nak fly dah kan?  Sally je yg jadi harapan asben dia.  sapa lagilah yg seorg suami akan harapkan di saat dirinya tak berdaya, buetui tak?  anak dara Sally pun baru je nak recover demam campak.  dia lah yg diharapkan Sally menjaga adik kecil dia nanti.  So, kenalah aku and gang terima keadaan ni dengan redha.  Pendekkan lah masa trip ni.  In sya Allah. Kita masukkanlah diri kita dalam situasi Sally.  Since dia leader, dia kenalah teruskan jugak, dengan beberapa kekurangan, ye tak.  If aku la tu.. probably aku tarik diri dah.  entahlah.. akupun tak taulah cemana.  Allah duga lagi hidup kita semua ni, sampai lah hari kita mati nanti.  baru takde dugaan hidup lagiii.  huhuhuu..

balik keje semalam jumpa Puspa, Sam and Siti.  itulah kami discussedkan.  Tiket tak beli lagi gamaknya.  Since all have to be re-scheduled kann?  Bertabahlah gang.. bila ramai2 kita bersatu, takdelah rasa kecewa sgt.. Allah bagi sedikit kelapangan bersama kawan2.  We are still looking forward to the trip.  In sya Allah.

Pehtu nak balik umah, anak2 dah mesej.  Nak pi CC spend the nite there.  Sedeh lagi. sebab?  Laki tak balik lagi.  sebab itu aku lambat balik and sementelah kawan2 ajak jumpa pegilah jumpa.  Anak2 pulak mintak antakan ke CC.  Deme dah pegi.. aku balik umah.. tengok "abang" kucing aku ada kat umah tido kat sofa, Jimmy lak tido kat lantai atas carpet.  Tu lah yg tinggal.  Aku siap2... terasa kosongnya rumah.. kalu aku tak piyed, aku boleh gak duduk solat lelama, peh tu ngaji barang beberapa muka surat and tunggu sampai ngantuk and tido.  semalam aku bukak astro.. citer semua tak best.  peh tu rasa lagi.. napalah sunyi sgt terasa.. bab laki tu mmg lah kalah kan. dia keje keje keje yg dia utamakan.  mmg takbley belah bab tu.. lepaskan sajalah dia.  lagi ko merempan, lagi lelaki tak suka.  so aku mmg gitulah konsep dgn laki.  if you know your way back, silakan.  if you dont feel like comin back pun.. its up to him also.  aku ni konsepnya suami pinjaman Allah.  sementara dia ada, kita gunakan sebaiknya.. dia takde, diam2 ajer.  hahaha.. letih tak.. yess.. tak dinafikan.  kecewa tak?  yess, masih kecewa, but a little bit sebab kecewa dgn anak2 yg lebih suka main game lebih besar rasanya malam tadi.






No comments:

Post a Comment