Friday, November 25, 2016

redha

tajuk best kan.. redhalah apa yg terjadi dalam hidupmu wahai suriani..
ekekeke.. ya, walau bagaimanapun yg terjadi, haruslah kau meredhakan ketentuan Allah kepda dirimu.

nak cerita pasai apa lak harini?
ohh.. nak bitau yg aku dapat tengok wayang free harini. opis den PWC bagi staff2 bertuah cam den.. ceritanya bertajuk redha, kisah pasangan yg dapat anak autisma.  aku tak berapa tau sgt apakah jenis penyakit tu.. nak google pun malas.  sementelah aku mmg pemalas, maka aku tunggu jelah nanti movie tu tunjukkan kisahnya.  mind you, pop corn tidak disediakan.. ekekeke.. lemak pulak ko kannn?

pagi tadi cuba ajak laki gi mancing esok.  kot2 la dia rasa teringin nak mancing bawak bini dia berdua2an ke bertiga or berempat2 an.. .  aku tau dia mmg suka mancing dulu. aku mmg suka..  so, aku pun saja bakar dia.  dengan selamba dia menjawab.. nak mancing barang2 kena bersiap tu ini tu ini.. paham lah sekarang, takde lagi nak pegi memancing dengan aku.  kdg2 aku wonder cemana ada pasangan yg selalu ada masa utk berdua2an dan sudi join buat hobi or just lepak2 makan2 sama2.  laki aku ni, nak bfast je la dapat kalu weekend hari sabtu or cuti2. tupun puaslah ngejutkan kata aku dah lapau and aku nak belanja.  hahaha.. the key word here is aku belanja.  if not.. haruslah buat aku masak or apa2 je lah yg mudah kat umah tu.  cemana ko kata sayang kat bini tapi ko nak memanjakan bini pun kau sangat2 berkira.  bini ni, bukannya tak tau perangai kau.. tapi, macam aku lah.. berusaha ngajak dia jugak, nak mengembalikan kemesraan yg dah terpadam tu kan.  ntahlah.. maybe dia ternyala bila main aje gamaknya.. yg lain2 takde dipedulikan padam ke malap ke or samar2. je lah.. pada aku laki aku mmg macam tu.  nama nak manja2.. tiada lagi utk ku.  ajak gi bercuti bila ujung bulan ni, sebelom aku fly ke london, ada gak aku suarakan... tapi macam biasalah.. dia kabo tak ckup, sebab dia nak kena pi kenduri anak buah dia nanti dec. 11.  nak gi mana2 tunggu lah gaji bulan december katanya.  walaupun aku tau kalu dia nak pegi and kata yes je, aku akan keluarkan belanja utk cuti2 ni.  bukannya ke mana2 pun, setakat gi pangkor ke or genting je lepak2 dengan anak2 berempat kita sementelah akmal and azmeer dah cuti skolah kannn?   so, dia kata tunggulah tunggulah tunggulah..  which aku mmg tak rasa masa itu akan tiba sebab bila masa nya dtg.. terlalu byk pulak yg nak diambil kira dgn anak2 nak masuk sekolah and so on and so forth.

aku ni sekadar dipinggiran laa.. sini pinggiran, sana pinggiran.  dah taqdir hidup aku dipenghujung usia ni, biarlah aku layan diri dgn kawan2 and membanyakkan kembali kepda Allah.. huhuu.. sedih la pulak.




No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...