Saturday, January 28, 2017

Apa mikin?

Harini tak keje.. sabtu and oso cuti raya cina sampai senin.  x pi mana2.  ater mana nak dapat asal cuti lebih je nak berjalan.  abihla duit ye tak?  duit skrg mcm tak buleh nak dok diam2 dalam bank kan.  sejak dpt gaji asiklah nak kena guna.  kdg tu tak rasa kat tanganpun dah tinggai ciput akibat digunakan dgn teknik online.. ekekke..



Semalam lak buat roadtax kembara.  walau keto lamo, teraso gak duit nak kuarkan tu.  iyolah.. lebih dr 300 tu.. banyak la raso ey.. ekeke.. kedekut ko kau su?  tak.. den cumo berkiro.  hal2 cam tu mmg kiro ko tak kiro mmg kono buek.  sebab mesia ni byk amik duit rakyat.  apa lah salahnya bila rakyat dah beli keto tu.. dgn nak isi minyak.. dgn nak servis dgn nak repair.. takyah la kena cukai lagi.  ataupun.. keta yg dah lebih 5 taun.. kira 50rm fixed roadtax sudahlah kan?  caner cadangan aku ni?  korang stuju tak?  berat wor.. bg golongan marhain yg bergaji sebulan sekali dgn jumlah yg sikit ni tau.  cemanapun.. bila dah idupkan roadtax.. rasa amanlah sikit mandu.. kan kan?    lepas ni.. aku nak kena repair sikit kembara aku tu sikit2.  nak buat itu.. ini.. duit oh duit.  jimat2 la ye su?  byk nak dibayar dan byk jugak nak diingat utk disimpan.

Tadi lepas laki aku lekatkan sticker roadtax, dia pun pegi pasau naik moto.  aku bawak keta la jugak sebab nak bawak ety anak buah aku and oso along ke pasau.  ameer takmo ikut.  terus sambung tido.  so.. ke pasau lah kami.  mak ai manusia punya ramai tak macam hari2 biasa aku pi.  sebab cuti kot.  ramai x balik kg and oso, ramai dpt angpau barangkali.. heheh.  sekali aku cek dlm slingbag aku.. purse pulak takde.  aduii.. tentu aku bawak keluar sebab keluarkan brg2 lain sblom tu.. and lupa masukkan balik purse.  apa lagi.. takkan nak balik ambik pulak kan?  ety and laki kena lah belanja aku.. kihkih.  kalu lah aku sensorang td, nak tanak kenalah jugak aku balik amik.

Dr pasar.. along ajak pi kedai 1mesia lak nak beli brg2 dia.  akupun layankan pastu baru balik.  along dah 3 hari xniaga memandangkan kurangnya sambutan sejak 2.3 hari sblom tu.  dia kata.. org dah bergaji ni semua pakat makan luar.. ohhh.. entahlah.  macam2 dugaan org niaga kan?  aku pun sedih gak.  nak buat cemana.. aku ni cuma boleh sokong beli kuih2 along and nasik lomak dia yg sedap tu je. dan kalu ada kesempatan.. bolehlah tolong along bawak dia membeli barang sekali banyak.  sebab aku bawak keta kan.. kesian gak along!

Malam ni td laki kuar dgn kawan dia pi bangi. ety dgn along mai umah aku.  sonok jugak sekali sekala dorang mai ke blkg ke rumah kecik aku ni.  along bawak tepung jemput2 bawang yg dah siap bancuh.  aku yg menggoreng biar dorang layan tengok movie kat astro tu.  selalu aku melepak kat depan dorang layan aku macam2 bg makan.. so sesekali just return the favor la pulak kannn?

Tu jelah kisah seharini.. macam nak sedih gak td selepas ameer kuar pi main takraw.. laki dah kuar awal.. tinggal sensorang.  rasa sayu sedih pilu bila kena tinggai sensorang.. mulalah rasa rindu menggamit.  rindu kat amal laa.. terus amik hp.. wassap dia.. hehee.. hilang sikit rindu.  rindu pd yg boleh dihubungi mmg cepat padam.  rindu pd yg tak boleh dihubungi cemana la kan.. huhuuu.. redha kan sajalah.  semoga doa kita utk org2 yg kita sayangi dan rindui sampai kepadanya dan mintak Allah jagakan utk kita.. huhuuu



No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...