Tuesday, February 07, 2017

syahdu lalu airmataku menitis lagiiii

ku mengerti
perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih
yg pernah kuberi
tiada lagi bersama
seringkala aku terlihatkanmu
impian nan indah
bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah takmungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima ditinggalkan sengsara
keraguan ini
bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah utkku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku
kehilangan
kehilanganmu
masih tercari cari

jiwang plak tiap kali dengar anuar zain nyanyi.
semalam tengok tv al hijrah citer pasal ghifari.  dia driver pada kawan sekolah dia yg dah jadi businessman yg berjaya.  sambil jd driver, boss dia selalu mintak nasihat kat ghifari.  best aku tengok ghifari, lelaki sederhana yg soleh.  rajin solat jemaah, rajin sedekah, lemah lembut dan tak kisah memaafkan dan rajin membantu sesiapa je yg memerlukan.. manis je, senyum tak lekang dari bibir, lagi pulak aqashah yg berlakon.. suko den. berbunga hati.. ekeke.. sejak jd driver, selalu imamkan boss dia.   boss dia lak dapat penyakit tak lalu makan. kesian giler bila nak makan tak boleh makan sebab Allah test dengan takde nikmat tekak nak rasa.  semua jadi tak sedap.  macam2 bini dia masak nak bg dia makan, tapi tak lalu.  diluahkan lepas dia makan.  sebab tekak dia tak boleh terima.. tak sedap.  badan makin lama makin kurus boss dia sebab tak buleh makan.  asik minum air je. turun badan sikit2, smpai kurus.  sedih mikirkan.  nangis aku bila bini dia tatau nak buat apa dah.  makan kat restoren mewahpun dia marah2 sebab tekak dia takboleh rasa nikmat sedap lagi dah.  boss dia dok pi rumah ghifari sebab dia merasakan ghifari dan family hidup bahagia makan makanan biasa2.  dia mengintai2 bila kuarga ghifari makan malam, berlaukkan ikan masin and gulai pucuk ubi.  berselera dia.  ish.. best la citer cam ni.  Allah nak tunjukkan yg dia boleh tarik satu nikmat je dalam hidup kita dan kita jadi huru hara.  kalu tak reti bersyukur, satu2 dia akan tarik, ingat tu.  syukurlah, syukurlah dan teruskanlah bersyukur akan semua nikmat kita dah dapat selama ni.

aku membayangkan if akulah jadi gitu, barangkali sudah terlantar sakit aku gamaknya.  sebab makan dan merasa makanan itu adalah satu nikmat yg teramat besar yg kita ada dalam dunia ni.  banyak2 lah bersyukur ye selagi masih menikmati walau apa saja makanan dengan penuh berselera.  apatah lagi makanan2 mewah. ucapkanlah syukur kita.. ucapkanlah alhamdulillah, berterimakasihlah pada Penciptamu Allah yg Maha Pemberi Nikmat.










No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...