kita panggil syurga, indon panggil surga. sama lah tu.. ada makna yg sama.. pengakhiran yg paling baik utk semua kehidupan yg menjanjikan kebahagiaan yg tidak tergambar di pikiran kita nikmatnya. malam tadi aku terbiar kesepian (baca keseorangan tinggal di rumah tanpa sesiapa melainkan si abam, kucenku), maka akupun layan la tengok tivi astero berbagai siaran lepas isyak. siapkan isyak semua barulah bleh layan tivi okey adik2.. selalu aku tak merasa nak tengok tivi kalu laki or anak aku dah kawal astro kan.. so,malam tadi kira raya hindulah aku dapat tengok tanpa gangguan. apa ke nak citer tadi udah distracted. hehehe.. oh ye. nak citer pasal syurga, syurga yg tak dirindu.
arini mmg menginginkan hidup bahagia bersama suaminya, pras. mmg best couple of the year lah deme ni dgn anak pempuan sorang yg comel sgt2. arini merasakan dialah yg paling bertuah mempunyai suami yg terlalu sygkan dia dan familynya. dia terlalu taksub mengatakan kisah hidupnya adalah kisah yg sgt2 bahagia, bak kata org happy ever after gitu kan. selalu berpegang pada janji yg suaminya pernah buat semasa menikahinya dulu takkan menduakan, takkan menyakiti hatinya. semua takdir bukan kita yg mencorakkan sendiri, kena ingat tu. sebagaimana kamu berusahapun, andai Allah mahu menguji, siapalah kita yg bisa menahannya.
Pras tengah nak pi kat tapak projek dia drive keta, tetiba ada keta potong and terbabas masuk utan. knowing pras ni lelaki budiman, (ada lagi ke lelaki gini yg sanggup pegi memberi bantuan kalu ada org kesusahan kemalangan dan sudi membantu? i doubt so) pras ni tengok2 ada org masih bernyawa dalam kereta yg teruk tersadai, angkat dan bawa pi hospital. since takde apa2 pengenalan, hospital tanya, ppuan ni boleh ke operate nak selamatkan baby dia. baby? terkejut pras yg ppuan tu mengandung. dr membiarkan sesuatu yg tak baik berlaku, dia pun bg lah keizinan operation. dia tanggungjwab je lah, katanya. bila baby boy dah keluar, pras letak nama Akbar Muhammad, dia terpandang seseorang tengah semayang masa tu tengah angkat takbiratul ihram tu.. sedap jugak akbar muhammad kan? ppuan yg bersalin ni, lepas dah sedar, nak pi bunuh diri pulakkk. takajut gak. dia dah tak larat tanggung hidup. mak dia bunuh diri, bapak dia pulak tak balik2 since dia kecik. dia menunggu2. dia dah pregnant pun dia kecewa dgn lelaki yg byk songel nanti nanti katanya bagi alasan. sblom sempat dia terjun bangunan spital tu, dia ditarik dek pras. pras ngaku dia yg bawak ppuan ni, Mei namanya. ke hospital tu. dia kata dr Mei bunuh diri, baik mei berusaha jaga anak dia yg dah lahir tu. jgn jadi macam pras yg masa kecik, mak dia pun mati bunuh diri jugak.. even depan mata dia tu. kesian betui dua2 ni takde kasih syg mak/bapak. last2 pras janji nak nikah dgn mei, masa tengah bergelut nak tarik mei dari bunuh diri. tragis betui.. mmg kesian. mei tu bukan islam. pras bawak dia masuk islam, pastu pras nikah dgn mei. just to make sure mei dapat hidup dan menjaga anak dia akbar tu, dan tak jadi macam mei dan pras sendiri yg hidup terumbang ambing. semua berlaku kat hospital tu jer.
terjadilah episod hidup sengsara bg seorg isteri. jeng jeng. pras dalam dilema cemana nak beritau arini. arini lak kematian bapaknya masa pras balik ke rumah tu. and konflik yg buat tak jadi pras bgtau pd arini tu ialah bapak arini pun sebenornya ada 2 isteri. arini jadi bengang kenapa ayah dia buat mak dia begitu. dia tak buleh terima. bila dah begini, pras lagilah susah nak berterus terang pasal mei. arini mengamuk. akupun taktau cemana cerita ni boleh jadi agenda aku nak tonton. org lelaki yg paham tentang poligami mmg akan tau yg mereka takkan buleh adil. it is also stated dalam quran surah annisa ayat 129. sapa yg berani bertanggungjawab macam pras mmg diduga macam2. pras keluar rumah sebab katanya dia yg bersalah masa dorang bergaduh. mei lak betul2 berusaha menjadi ibu yg baik bila dah tengok muka akbar. janji nak jga akbar. pras bawak buku dan tudung utk mei. mei kata buku takyah bagi, sebagai suami, mmg praslah yg kena ajar dia tentang islam, tentang semayang. pandai mei kan.. tunjukkan lah yg pras tu punya tanggungjwab. and pras pun setuju. sibbaiklah si pras tu mmg lelaki yg baik dan tau tanggungjwab suami. dia pun mengajar. aku bet lelaki cam ni pun susah nak jumpa dah. yg kawen kerana Allah mmg very rare nak jumpa. kalu laki korang macam ni punya baik, macam ni punya soleh, silalah korang peluk dan jaga baik2.. dah jadi sesuatu yg payah nak jumpa tauuu.. ekeekeke..
nanti korang cuba lah tengok. akhirnya tu yg aku tak sangka sangat.
bahagia tu kata mei, apabila kita membiarkan org lain bahagia.. sedih ya amat.
janganlah kita sangka hidup kita ni senang2 bahagia dah tanpa diberi ujian2 dari Allah. dan kalau ujian pulak bertimpa2 datang pd hidup kita, janganlah pulak pikir Allah dan tak sayang kita atau dengan mudahnya kita kata.. kita hopeless, kita useless. kita macam menjauh dari rahmat dan kasih sayang Allah la kalu gitu. mintaklah jauhkan dari pikir cam tu ye korang. mmg korang dari golongan yg cepat putus asa, apa makna hidup lagi? Allah test belaka. test dari macam2 cara, korang boleh tahan belaka kalu tak takkan Allah bg kat korang, ye tak?
ha kauuu.. panjang giler aku tulis.
semoga memberi manfaat.
belajarlah ikhlas belajar lah menerima dan belajarlah bersabar lagi.
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment