Monday, March 13, 2017

sabtu itu tiada kisahmu?..

sabtu kengkonon nak pi erobik, tapi badan letih kemain.  semalamnya udah berjimba dgn kengkawan.  padahal kemana ada berjalannya pun.  jumaat tu lunch dgn kak ita and kawan2 and then pi tambah kad touch n go sementelah kak ita norita pi cek kenapa kad dia takleh digunakan.  mana la tak expired, last guna 2015.  ni dah 2017.  maknanya mmg kad touch n go kena guna supaya tak terpadam bila dah bertaun.  hehee.. macam2.  mmg nak pi erobik je tadi cerita kan.. tetiba cerita ke lain.  so, i takdelah pi erobik.  mmg badan tua ni kalu di layan, tak larat la jadinya.  ety lak cuti, so, kita pakat ajak dia pi pasar selayang cam biasa.  rasa cam lama tak melepak sinun.  aku dah berjanji dgn kak rahimah mohd yatim, my senior kat sekolah dulu, utk bagi kan kacang bandung yg dia pesan haritu.  mmg dia pesan 500g peket buat 2 peket, tapi sebab den peket2 250g, lagi 2 peket tu dah selamat kono makan siap2... mahaplah kak.  dapat bg dia 2 peket je.. sibbaik dia suka je, walaupun dia bengang gak pd mulanya aku bitau.. alhamdulillahh.  so, jumpalah dia kat pasau tu.  akak tu kecik je.  dalam fb nampak cam besau, tiba2 orgnya kecil molek je.  kak imah boleh gang la, boleh bergurau senda and boleh la berkawan dgn aku.. lenkali kita dating lagi ye kak.. dengan aku semua org pun jadi kecil molek sebab aku ni kategori giant kan. ekekeke.. terimalah hakikatnya wahai suriani abdul aziz.   ye, aku terima hakikat itu.. ekekekek.. biarlah jadi besau asalkan sihat dan mudah menggelakkan org2 kecik.. ehhh.. idaklahhhh.. aku tak begitu.  sebenarnya ramai gak yg aku rasa lagi besar pada aku.. dan aku sgt bersyukur dan berharap aku tak membesar lagiiiii.. amiiiin.

lepas balik pasar kami pi balik terus kot.  nak beli pasir kucing utk si nia kucen siti pun tak jadi sebab kami masing2 tak tahan nak terkucil sesangat.. ekeek.. dasat yek.  janji dgn siti kuar petang lah pulak.. tapi aku dah terlena, mmg agak lena la kan.. hari cuti mmg part of my routine is tido lah.  korang tentu dah paham kalu korang kenal aku lama.  siti msg tanya jadi ke tak kuar.  so, kita pakat kuar malam pas maghrib je la.  ngeteh and beli apa yg patut.

malam tu kami pi lepak ngeteh kat prima SG makan2 ringan2 and santai2 family. aku, along and siti je.  ajak family yg lain, diorang bizi belaka.  apa nak buat.. masing2 ada kje, kita ngajak jugak, sebab kita nak merapatkan silaturrahim sementelah siti nak belanja makan kannn.. dia mendapat bonus dan bersedekah adik beradik bukankah bagus.  udah deme tak datang, nasiblah.. jgn kata tak ngajak ye tak?  kak long maza ada kat bt gajah so, tak dapat join.  angah lak mmg sedih la kan dia kat klang.  am yg dekat tu pun takmaun join pasai dia penat katanya.  so, si aliaa  pun tak dapatlah menyertai acara ngeteh and makan2 and macam2 lagi.  Yg acu?  Langsung takde apa2.. hehee.   laki den dtang pulak kendian, bawak moto dgn ameer.  dia join makan tomyam mihun.  ameer suka je join asalkan ada yg membawak.  lagi2 ayah yg ajak, tak berani la nak tolak, kannn?  makan kek, makan rojak buah, makan aiskrim, abc, fried wantan, and macam2 lagi lah.  kopak gak kalu bukan dapat bonus, mmg tak merasalah makan2 kat tempat macam tu.  alhamdulillah, adik beradik aku takdelah kede sangat bab2 makan ni.  semoga berterusan sifat pemurah ni dalam kuarga kita yekkkk.. amiiiin.

Begitulah berlalu hari sabtu.

















No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...