Wednesday, December 22, 2010

handbag itu hadiah untukku...

hellooo my dear,

jgn jeles bila aku bitau kau, aku ada handbag baru..
aku tak beli ok.. hihi..

kanda bitau.. datin baru present kat aku..
bukan nak show off okay, saja nak buat entry...
dah lama tak tulis.. i need to write an entry.. anything, okay, anything..

tiba2 tingat pulak kanda sms tadi..
aku balas.. tell datin timakasehlah .. baik sgt.. selalu bagi barang kat aku and family..
aku tanya lagi .. apa brand..

kanda jawab.. ya, handbag..

aiyo.. dia tak paham ke soklan mudah aku tu..
brand apa.. bitaulah... boleh la aku berangan2 in advance..

dulu datin pernah bagi.. coach.. aku suka..
ntah2 brand sama.... tulah nak tau.. saja la kan?

last2 kanda respon..
balik rumah nanti cek la.. baru suspen..

kah kah kah berdekah.. adakah suspen gitu??
first time kanda nak bagi aku suspen..

till then..
adios

Thursday, December 16, 2010

hari ini kau datang riang..

hari ini kau datang riang...
tersenyum buat ku girang..
kau hias dirimu...
membuat hati bertambah sayang...


apa lagi ek.. dah lupa la lirik lagu ni..
masa aku kekecik dulu suka lagu niii


haaaaa.... tetiba acik ada mood nak menyanyi lagu2 lama ala2 retro gitu...
penyanyi pilihan.. uji rashid, hail amir, latif ibrahim, julie remi.. etc..
suka tauuu ...

jom la gi karaoke, gang!!!
ps: suka sgt sebab mangkok hayon takde, jadi idupku sgt tenang dan gumbira...

Wednesday, December 15, 2010

menunjuk

korangkan.. kat tempat keje korang kan.. ada tak org yg suka menunjuk2? tentu ada kan?
tempat keje aku ni ada ramai.. tapi tulah.. yg biasa sgt aku tengok tu adalah 3, 4 kerat, org2 yg sama jelah..



bukan nunjuk bakat keje, bukannn... bagus kalu nak tunjuk bakat, cepatlah dia naik pangkat kalu betul bakat dia tu kan.. but ini..
dia nak nunjuk2 yg dia tu .... ada banyak duitlah, dia dah ada simpanan 100 juta hengget kat bank la.. hui yo.. banyak giler.. awat masih keje lagi ek.. , dia ada kebun 114 hektar, laki dia gaji banyak sampai tak tau nak buat apa.. dia dah beli itu, beli ini, tapi masih ada lagi duit ni.. aiyo..

satu lagi jenis yg kata dialah yg paling lawa.. sgt konfiden tak hengat diri yg dia tetappp cantek walau apapun terjadi pada dia seperti tayar2 michelin sudah bergentayagan di badan dia.. dan dia rasa dia pandailah jaga badan walaupun dah beranak... padahal..
dia yg paling berjaya buat bisneslah...

dia paling pandai masaklah.. org lain tu toksah citer masakan depa, sebab dia akan lebih pandai buat semuanya.. lagipun dialah yg masak paling sedap, dia yg itu, dia yg ini, dia ajelah belaka yg pandainya... dia jugak yg paling pandai bergaya branded konon .. henbeg dia yg paling mahai kau.. tapi aku tengok, ala2 beli kat PS je, ntahlah.. aku ke yg tak pandai tengok??

dia yg paling popular laah, dia yg masih digilai oleh laki2 ntah mana2 kononnya.. dia yg paling comey genit ... (sebenarnya perasan giler)... dia yg paling berbakatlaa.. adoiii


naik rimas dah mendengar macam2 citer..
ntah iyer ntah idak.. kau sendiri jelah yg tau..

Tuesday, December 14, 2010

suka ati akulah kan...

aku ada hobi..



eh.. kopun ada jugak?
ish ish ishhh..




salah satunya adalah menyanyi kat karaoke..
baru2 ni kawan2 sekolah rendah.. sekolah rendah ok.. aku ada lagi kawan2 sekolah rendah.. korang ada? hahaa..
dorang ajak join aktiviti dorang melalak kat karaoke red box sempena ada kawan dari KK balik semenanjung, katanya..

aku segan la pulak
aku mmg kaki nyanyi, tapi gi melalak ngan org yg kita tak biasa akan menimbulkan satu macam perasaan malu.. ye tak?
aku plak... kalu dah malu, payahlah nak ekspresi diri, kannn...
jadi.. aku decided.. tak pegilahhh...

tu je citernya..

Thursday, December 09, 2010

dulu dan sekarang

ini taun 2008, akmal masih pakai glasses.. cuti kat melaka



ini plak 2009, kat Genting, pwc family day

ini ogos 2010 kat taman BBS..
dah besau2 anak2 aku, kan?
amal is a teenager now, going to be 14 next year..
ameer plak 9 next year..
anak2 aku walaupun muka nak sama.. perangai sangat beza..
amal suka melukis selain hobi dia baca komik
adik suka main bola sepak, badminton, main kad dan ntah apa2 lagi.. mmg dia jenis tak buleh diam walau seminitpun.. adaaaaa je nak di kacau..
rasa cam baru semalam aku mandikan dorang dalam besen besau tu..
tingat lagi dorang2 tu sangat2 comey masa kekecik dulu..
bukan sekarang tak comey
(bodo la kalu ada parents yg kata anak dia tak lawa/comey, kan?), cuma
dorang dah membesar dan dah jadi anak teruna..
kah kah kah..
ko bley bayangkan tak, amal and ameer, bawak gefren dia balik,
nak kenaikan kat aku and kanda... hahaha.. kannnn?





amannya dunia tuhan saja yg tahuuuu

yg tau tu, taulah kan...



mmg aku bahagia sekarang ni..
kenapa ek.. sebab dunia aku aman sekarang..
kenapa dunia aku aman sekarang, apa dulu kucar-kacir ke?
yup..
dulu kalu makhluk ni ada..
mmg aku tak aman.. adaaa je bad aura tu.. terkena2 kat aku
ini, dia takde, maka aku dapat kebahagiaan dan keamanan ituuuuu

hahahahahha....
duniaaaa... kejamkah akuuuu?

hikayat sang kancil

dalam sebuah hutan, terdapat seekor kancil yg mempunyai ramai kawan dari kalangan haiwan2 lain di dalam hutan tersebut. antaranya ialah harimau, monyet, badak, zirafah, tenggiling dan berbagai2 jenis haiwan lagi.






kali ini hikayat sang kancil akan mengisahkan tentang sang kancil dengan sang badak. kancil dan badak sudah lama berkawan. ada ketikanya mereka akan keluar bersama2 utk makan tengahari dan berborak2. kancil selalu kagum dengan kehebatan badak yg selalu mengaku dirinya bertuah dan ada segala2nya. kancil akan selalu memuji2 kehebatan badak kerana badak mempunyai kerja yg bagus, pendapatan lumayan, suami yg hebat dan juga keluarga yg sangat bahagia.

pada suatu hari, kancil pegi melawat badak dan mendapati banyak duit2 syiling bertaburan di kawasan rumah badak. kancilpun memuji "wahhhh... banyaknya duit kau, badak... sampai bersepah2 di sana sini.., banyak betul ni, sampai terkeluar2 rumah kau pun ada haa!"
badak dgn tersenyum bangga memberitau.. "yelah.. terlampau banyak... tak buleh nak simpan ha, dalam ni lagi banyak haa... " sambil dia menunjukkan sekotak kasut yg dipenuhi dgn duit kertas singgit2. memang banyak.
"kaya betul kau ni badak, patutlah kau selalu belanja mewah pagi petang siang malam, kan?" kancil memuji lagi.. "kalau ko nak beli rumah sebuah, cukup kot duit2 ni yg berkepuk banyak, ye?" tanya kancil..

sambil tersengih2 tak tentu hala, badak menjawab.. "takdelah kancil, mana cukup..."
"kalau ko simpan banyak2, ni, tapi ko tak beli rumah lagi, ko boleh jugak gunakan utk bayar sewa rumah kau tu, kan?" agak si kancil lagi. badak terdiam.
"tapi, sampai bila ko nak menyewa, sedangkan ko tu dah kaya raya, duit sana sini bersepah ha.. patutnya ko belilah rumah ke, pastu ko dah tak yah bayar sewa lagi.. ataupun kau belilah sebijik dua apartment, pastu ko sewakan.. tiap bulan, kutip je duit sewa, ramai haiwan lain buat begitu cari duit sekarang ni.. tapi still menyewa bulan2 jugak.. macam tu ke kau, badak?" tanya kancil pulak.
badak terkedu.. betul jugak kata kancil.. detik hatinya..
badak cuma menjawab "takdelah kancil.. mana ada aku beli rumah lagi.. blum cukup lagi duit aku..."

kancil pun mula membuat cadangan pada badak.. "baik ko simpan duit ni elok2 dari sekarang, bolehlah lepas ni ko beli rumah ko sendiri, pastu ko tukarlah kereta kau jadi kereta yg mewah sikit, abis, org kaya, takkan pakai kereta kecik cam kau tu.. masa tu barulah ko jadi haiwan yg betul2 kaya dan mewah.. pastu ko belilah baju2 and henbeg2 yg mahal and cantek sikit seswai dgn nama haiwan kaya .. takdelah segan sangat.." senyum kancil meleret pada badak..

kancil terpikir.. betul ke badak ni kaya, atau sekadar propah kaya jer.. rumah sendiri, dia tak ada, rumah banglo apatah lagi.. (haiwan2 kaya selalunya ada rumah banglo, kan?), kereta pulak, dia cuma ada kereta kecik jer.. tupun dia pi keje naik public transport, dengan alasan nak jimat.. sedangkan kalu org kaya, selalunya pakai kereta besau, at least kereta honda yg kekelas sikit jadilah.. kannnn? takyah pikir minyak, nak byr parking or tol semua.. barulah bebetui badak yg kaya.. haaa....

kancilpun membuat kesimpulan.."sohih ... badak ni berlagak kaya je ni...."

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...