Friday, February 20, 2009

Apa yang penting... kerjasama

Kalu buat keje, dalam satu kumpulan tu kan, mestilah ada sorang leader, kan?

Kalu sumer org nak jadi leader, sapa nak jadi follower, kan?

Kalu sumer tunjuk pandai, sapa pulak nak jadi bodoh, jadi pendengar dan belajar, kan?

So, bila dah ramai sangat orang berangan nak jadi leader and always stretching to be heard, maka.. jadilah kegagalan untuk mencapai matlamat sesuatu keje tu, kan?



Wednesday, February 18, 2009

Aku pokai lagi

AKPK.. dorang kata lebih dikenali sebagai Akupokai.. sangat sinis, kan?

Aku setuju sangat. Aku dah pegi mintak tolong deme nguruskan hal utang piutang aku dengan harapan aku lega sket aliran tunai, maka dapatlah nyimpan untuk masa depan anak2, sikit2 untuk berholiday dan hari tua.

Itu je pun yang aku buleh pikirkan. Simpan sikit2 sampai jadi bukit.

Amacam?

Monday, February 16, 2009

Hormon ke?

Sejak 2, 3 bulan ni, aku selalu sentap ngan kanda. Silap sket je, aku akan sentap, macam ni:

- Pantang dia buat benda aku tak suka, selalunya.. tapi dia suruh anak2 buat, diri sendiri selalu ngelat..
- Kalu dia canggah cakap aku pada anak2 pun aku sentap jugak ni.
- Kalu dia tak layan aku bercakap/borakpun aku sentap. Bukan dia taktau sapalah lagi aku nak bercerita kalu bukan dgn dia.
- Kalu dia buat bodo je sambil baca2 suatkabar, sedangkan aku bersilat / kungfu / taekwando kat dapur nyiapkan masak sebab budak2 dah nggelupor lapau, lagilah aku sentap.

Setiap sentap di atas ni makan masa dua tiga hari jugak nak clear. Aku akan dingin / diam je or buat bodo and tak bercakap2 ngan dia.

Dia tak kenal ke lagi aku ni? Dah dekat 15 taun kawin, dia masih nak buat aku sentap jugak? Kenapa kanda tak pandai lagi nak menyelami hati aku yang sepatutnya dah jadi sebahagian dari dia. Paling tidakpun, pujuklah, tanyalah kenapa aku sentap. Tapi selalunya memang dia sedar, just that he has never cared that much. Aku menderita setiap kali aku sentap... huuuahhh.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati kanda supaya dia mahu belajar jadi seorang lelaki beriman dan suami yang benar2 memahani isteri. Kau bukakanlah hati aku juga ya Allah, supaya aku sentiasa sabar dengan kerenah suamiku ini, semoga kami jadi pasangan bahagia dunia dan akhirat.. aminnnn.

*sentap = bengang, hangin, geram, all in one

Wednesday, February 11, 2009

Kerja OT

Kanda since dah joined company baru, takdenyer pernah balik awal. First day tu aku masih ingat lagi till 12 malam lebih, second day till 3.30am, pastu the days after that, semuanya lebih dari kol 10 malam baru dia balik.

Masa aku tengah buat entry ni pun, time is showing 12.03am. Dia still tak sampai rumah.
Kalau aku pandai kira la kan, tentu kencang duit OT dia, kan?
Aku nak cuba mintak cincin cukup bulan ni, agak2 nya dia bagi, tak?

Ini sebenarnya adalah entry kebosanan menunggu kanda pulang, okey?

Jaga badan


Semalan cuti.. takde aktiviti senamanpun, asik2 masak, masak, makan & tivi.

Tadi plak, petang balik keje, ujan lagi. Tak jadi jogging.
Akupun cari la cara nak kuarkan peluh jugak ni. Sedihnya nak bitau i've quit the gym. Terpaksa lah cari alternatif nak kurangkan lemak di badan aku yang montok devass ni!

Lepas solat, suruh Amal tolong pasangkan VCD yang Ati bagi dekat setaun lebih dah.
Chi Kong katanya, ala-ala tai chi la gitu.. mak dia punya VCD, dia copy bagi aku, kalu tak silap aku, la... tak kisah la kan, konsep aku yang tak berapa nak pedulik nih!

Boleh saja, asalkan ada gerakan2 yang boleh kuarkan peluh. Asik guna yang Pola Bedul punya tu, aku jemu gak. Anak2 aku ni mmg suka sangatlah nengok pompuan2 seksi kat dalam VCD tuh. So, nak tukar angin, cubalah pulak Chi Kong punya exercise...

Best, ada lagu cina nyanyi macam tengah menuai padi ke hapa.. entahlah..
Nampak senang, tapi berpeluh giler.. abis basah baju dibuatnya. Asyik nyah..., tentu aku akan buat lagi esok, lusa dan seterusnya.. kalu tak dapat jog kat luar la kan!!

Monday, February 09, 2009

Sudah kena jual

Hari ni kanda made the effort to take 22 hamsters to the pet shop at Jalan Sg Tua and sold them for RM88.

Dapat get rid of all the hamsters, eh, not all, ada lagi balance 8 ekor. Eh, mana pegi lagi 10 ekor?
Tak hingat dah.. Lost track oready. Tak koser dah. Nyampah!

Amalpun dah malas sangat nak bagi makan minum dia. Cemana nak bela kalu dah gitu? Nak soh cuci bekaspun susah jugak, siap bergaduh tu!!

Friday, February 06, 2009

Laporan hangit minggu ini

Aku geram tul ngan manusia bangsa kelly ng sorang nih.
Semua keje dia nak buat, pastu dia komplen tak cukup tangan.
Pastu, yelah, mmg kononnya dia capable bebenau, akupun joke2 lah, kat dia.
Aku tanya “Why do you want to take more work, don’t worry, I wont take maternity leave, just tell them to wait for me to come back…” Bila orang joke2 tak reti nak accept la pulak. Hentah hormonal inbalance kot hari tu.

Dia jawab macamlah itu responsibility yang teramaaaattttlah beratnya. Takut orang tanya dia waktu aku takde. Selama ni aku tak tau ke dia tu ada personal problem.. Tapi, takkan lah ko sorang je ada problem sampai ko rasa takleh nak joke2 ke hapa!! Jalan daa… ko tau orang nak jaga hati ko je kan? Akupun tau keje aku, takde nak kacau keje ko, mmg takde tandingan keje aku ngan keje ko yang superbbbb tuh!!

Bangang benau aku rasa. Bodoh sombong je, kan?

Pada aku, sebenarnya dia nakkan recognition. Nakkan semua boss2 tau bahawa she’s a one hell of a responsible worker (worker tau!!).. tak kiralah, apa saja keje, bagi je lah kat dia, dia tentu buleh buat.. ala ala super womeng pun ada.. Ko ado.. non kan?

Kalu ko tanyalah orang2 di sekeliling dia, tentu dia yang willingly helping to answer those questions, even tho it has nothing to do with her job scope… (actually job scope dia sunggguhhhhhlah meluaaaaasssss sekali, kan).

Sekian dulu laporan hangit saya.

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...