Thursday, November 25, 2010

bait bait lagu

untuk kanda tercinta..



carilah ku dalam hatimu
sayang sebutlah kau rindu
oh.. hanya pintaku
kasihmu kekal setia
usah biarku oh.. terus terluka


pabila bersamamu
debaran darah arus mengalir
cinta lahir selamanya
berilah kucupan sayang
biar terukir wajah kasih tercipta
berilah kucupan sayang
biar terukir wajah.. kasih terciptaaaaa

oh, kasih tercipta
kini ku mengerti
walau berpisah kurela kiranya kau bahgiaa
ohhhhhh

dari faizal superman!!

faizal, i am a big fannnn!

Wednesday, November 24, 2010

meh try ni.. sedap

aku dah cuba semalam
nak masak yg simple2 je yet sedap ..
cari idea dari mat gebu kat sini:
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/10/kupang-goreng-pedas.html


acik takde cili ijau, so, acik guna ciliapi je yg ada kat umah tu.. janji cili, kannn?




lauk kami malam tadi, 3 jenis je, kupang masak pedas, telur dadar and ikan bilis goreng.. tu je, senang dan berkhasiat kau.. (malas takmolah kata kan)..













selepas beberapa minit.. abis...









thank you mat gebu!



Tuesday, November 23, 2010

gilernyer kau

aku ni manusia biasa... alasan ni.. ...



so, sebagai manusia biasa yg kerdil lagi lemah, chewahhhh...
aku mmg banyak kekurangan..



tapi, aku ada manyakkk jugak mende aku suka buat...
yg org lain kadang2 rasa tak menasabah.. well...


aku suka makan
aku suka tengok wayang
aku suka gi holiday.. suka suka
aku suka menari
aku suka makan lagi
aku suka karaoke
aku suka bersukan kuar peluh
aku suka belajar bahasa asing
aku suka baca novel cinta .. awwww, walaupun aku dah lama tak bercinta lagi
aku suka main computer games
aku suka challenge
aku suka tengok and layan korean movies/series
aku suka makan sushi
aku suka masak... pastu makan


bila aku dapat buat mende2 di atas ni, aku rasa enjoy.
aku paham bila apa2 yg kita suka, tentu kita akan cari kawan2 yg sama ngan kita, kan?

sesekali, bila aku dapat main game baru dlm collection aku.. aku akan main till 3,4 jam.. biasalah kan? tapi itulah, keseronokan or challenge buat mende yg kita suka ni lain.. hanya yg sama je paham.

sesekali jugak, kawan2 akan gelak bila aku bitau aku stay up till 2am, kadang 3am sebab melayan korean series... dorang cam tak percaya...well..
mak akupun siap ceramah... kalu ko berjaga lewat2 sampai pagi tu sebab ko solat malam kan ke bagus... heheheh....

mak oh mak, yg baikkk je dia pikirkan, kan?

bangun solat malam ye?

Friday, November 19, 2010

sampai syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu

Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu

Terus ku tertunggu
Di hatiku.. masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu.. oh
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu Hanya kamu..
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu.. harapanku
Hilang dalam terang yang membutakan ku..
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu.. Dirimu..
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna….
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu…..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu..
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu Hanya kamu..

tips rumahtangga bahagia

8 tips kebahagiaan rumahtangga

ust. Siti nur bahyah kata ni:

puji
peluk
penghargaan
perhatian
pergaulan
persefahaman
percutian
permohonan

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Monday, November 15, 2010

ICU dan kupang

anak sedara kanda kat Muar accident, still kat icu.
semalam baru dapat peluang nak gi melawat, walaupun dia blum sedar. kat hospital pakar sultanah apantah, kat muar tu. all wired up, siannn dia. masih bergantung pada mesin jugak. semoga cepat sembuh.


ingat kanda nak bawak kami terus gi melawat kat spital, tapi knowing kanda, takdenya nak gesa2 der, lagi2 kuarga dia..


abg zen pulak jenis yg pandai masak, so, kami sampai tu diapun dah siap masak. apa lagi.. makanlah lunch duluuuu...


ada lauk kupang as usual bila pi makan di rumah dia... aku suka jugaklah, but idaklah giler amek.




cakap ngan kanda, balik nanti kita beli utk mak ye?


kanda ok sgt, diapun suka menda2 ni..


so, membeli kupanglah kami semalam, dekat 8 kilo kauuu..

kupang yg fresh, warna itam kehijauan


sampai umah, singgah dulu umah mak, sib baik umah mak depan je dari umah aku..mak suka, katanya dah lamaaaa tak makan kupang, so, merebus kupanglah kami semalam
pastu, makan sampai insaf..
pastu mengopek sebab takkan nak simpan ngan kulit2 dia tu..
adoii... dahlah dari muar sampai umah dah kol 8.40 gitu.. kopek pulak till ntah kol 10.50.

pikir2 cam sakit je tangan2 semua, sampai terpikir malaih nak gi keje..
ada ke? kupang tu tak bersalah laaa... ko yg gatai.. haaa... rasakan...

kupang selepas direbus, sudah terbuka... senang nak kopek/makan.

Friday, November 12, 2010

aku suka sangat nonton korean series

aku berjaga till 3 pagi tadi sebab layan dvd tengok lagi citer ni.. brilliant legacy.. dulu dah tayang kat tivi, tapi cakap mandarin, tak suka tak suka.. aku lebih suka dengar dorang cakap bahsa korea sendiri.. still terbaik.. sedih giler citer ni.

EunSung (pompuan) blajar kat NY dipanggil ayahnya balik cuti and cadang nak bawak adik lelaki dia yg autisma gi belajar piano kat special school kat sana sama2 ngan dialah. Dorang anak org kaya since kecik, so, belanja semua tak kisah. Dia tak tau yg ayah dia sebenarnya tengah bergelut bisnes nak bankrup.

Hwan (lelaki) ni pulak kena panggil balik dari NY study dek nenek dia sebab nak soh dia belajar manage their bisnes makanan kat Korea.
Eun Sung and Hwan, who were on the same flight back home, accidentally had their luggage bags exchanged, which led to several misunderstandings between the two of them.

Bapak Eunsung disangka mati bila wallet dia kena copet and pencopet tu pulak terkorban gas meletop dalam kelab karaoke.. apa daaaa. Bapak dia ni diam2 je tak balik, sebab bila dia dah mati, bini dia akan guna duit insuran tu utk byar utang2 semua and terus hidup dgn anak2 dia. Dia melarat tau.. However, his bini kedua dia ni halau anak2 tiri dia, Eunsung & adik dia EunWoo and dia dua beranak pindah rumah lain pulak guna semua duit insuran tuuu. Terus berubah jadi mak cinderella gitu kauu. Kejammm...

Masa ayah dia mati tu, aku tak bleh tahan tengok kesedihan EunSung. Pastu mak tiri dia soh dia bawak adik dia keluar dari rumah dorang sebab katanya dia takkan mampu nak tanggung dorang lagi. Masa nak kawin ngan bapak dia, dia sakan2 janji nak jaga anak dia sendiri sorang and also anak2 bapak dia, si Eun Sung and adik cacat dia tulah. Tiba2 jadi lain bila bapak dia dah mati.

Memang leleh la time2 dia kena halau kuar rumah bawak adik dia yg cacat tu.
Siap keje kat nite club nak cari duit sara idup. Pernah dia ajak adik dia sama2 bunuh diri bila fikirkan duit yg dia adapun kena kebas.. kesian tauuu. Sangatttt lah sedih.. lepas satu2 insiden malang jadi ke dia.. Malam ni tentu aku sambung lagi.. Tak tido pun takpe.. nak tengok sampai abis. Siang esoknya buleh tido.. kejam tak? Cuti maa.. cuti solat jugak.. apa lagi??

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...