Sunday, April 30, 2006

Hari minggu yang bosan

30 April 2006 11.45am

Hi, hari ni cuti. Semalam pun cuti. Esok juga hari cuti...tapi yang tak syoknya, kanda kena kerja. Bawak orang putih jenjalan kat sekitar KL. Kawan Dato' datang melawat. Yang jadi bosannya, kami 3 beranak. Tak berseri kalau kanda takde.

Nak masakpun tak selera. Bebudak ni bukannya nak makan sangat. Bangun tadi, siap-siap ajak amal and ameer gi pekena roti canai kat kedai sg. tua tu. Pastu balik, amal kena pegi klas taekwondo pulak. Sidai kain, banyak giler. Rasanya macam seminggu tak basuh kain. Ye ker? Ntah, tak perasan plak. Teringat kanda bising pagi tadi sebelum pegi kerja, cari singlet tak jumpa. Punya la banyak singlet, satu pun takbley carik? Takkan semua dah abis pakai? Aku dah lipat semalam, kenapa tak ada? Tak ingat ada satu bakul lagi kat umah mak tak bawak balik semalam. Nak jadi kisah, marahlaa dia, tak bitau dia singlet ada kat umah opah tu...
Pergi terus kanda ke umah mak, tak ucap bye bye ker, cium ker hapa, terus je pegi kerja.
Sampai skrg pun takde telpon lagi. Marah bener kanda. Mesti dia kata umi dok di umah, makan tido jer... kerja umah langsung tak buat. Mana la dia nampak? Malam tadi dekat-dekat kol 11 baru sampai... mana aku buat kerja umah time tu?

Kanda, saya mintak ampun, mintak mahap... lain kali saya siapkan singlet kanda yek...

1 comment:

  1. haiya... mu... ? cam no ni, single pun tada. ingat, everyday... bangun pagi ingat singlet.. kah kah kah

    ReplyDelete