Wednesday, May 24, 2006

Nina Juren

24 May 2006 23.09waktu malam di Malaysia


Kisahnya gini, aku dah dapat kawan baru.. kat opis la jugak, kat mana lagi, takkan kat kelab dangdut plak, ye tak? Kan ke si minah lorat dulu tu dah blah, ini gantiannya la ni. Temp jer, tapi takpe, asalkan dapat buat kerja. Aku tak kisah ngajar, kalao ko nak belajar. Aku suka mengajar.. dulu mungkin takde rezeki aku nak jadi cikgu, tapi bab-bab menyebarkan ilmu tu, aku suka beb. Kita tak rugi bendapun kalo turunkan sesikit ilmu yang kita ada.


Heeeiii, aku dah lari dari tajuk plak. Cemana sebenarnya nak tulis bagi menarik? Eh, kan ke aku nak citer tentang kawan baru tu? Haaa... namanya aku bagi la nina juren. Manis orangnya dan baik budi bahasa pulak. Aku memati ingat baru abis belajar setaun dua, but sebenarnya, bebaya aku gak. Nina juren ni dah ada 3 anak beb, the eldest pun dah bujang, 13 years old. Alamak, terkejut beruk aku bila aku ajukan soklan cepumas ni. Diapun jenis stret tu de poin, gitu, takde selindung bab-bab umur (iyo la, sebab dia tak makan dek usia dia sendirik). Boleh bangga tu! Teringat pulak lagi kat sorang pompuan tu, cukup takut bab umur, asik asik 25 jer, takde tambah-tambah. Hingat orang tak prasan kot? Matilaaa mak... Anyway, i really hope nina juren would last longer than just a temp.

Okaylah, cukup dulu, katil suda panggil. Selamat malam Malaysia.
Adios





1 comment: