Friday, July 14, 2006

Tasik itu




Pemandangan petang itu sungguh cantik. Bahawasanya ciptaan Allah itu sangat indah dan menawan setiap umatNya. Ramai juga insan lain yang sedang sama-sama menikmati kesyahduan perasaan bila berada di sekitar tasik itu, menghirup udara segar dan nyaman yang percuma pemberianNya.

Aku ke sana tempoh hari cuma atas rasa ingin tahu. Apakah benar ada tasik di sebalik bukit-bukit kecil itu? Itupun jika tiada si dia yang membawa, tentu hingga sekarang persoalan itu masih tak berjawab. Sesungguhnya aku kagum bila aku sendiri berada di sana.

Yang sangat mengejutkan rupanya adalah tasik itu sebenarnya adalah tasik buatan manusia. Yang dikorek kerana ingin menambah bilangan tasik yang ada di negeri Selangor ini. Sesungguhnya tempat itu tentunya akan menjadi tumpuan para kaki pancing yang tidak mengira waktu dan ketika untuk melepaskan giannya. Tentulah ramai para isteri yang akan merasa bosan bila setiap kali suami mereka keluar memancing, mereka akan ditinggalkan tanpa ada rasa kesalahan di hati. Walaupun kadangkala yang dibawa pulang cuma ikan yang sekecil tapak tangan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Apa yang kao merepek tu labuuuu??

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...