Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut lihat ruang tamu lagi teruk berselerak.
Lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan. Dia masuk ke dapur. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci. Dia mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak.
Masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring diatas katil sedang membaca buku. "Awak sakit ke?,"..tanya lelaki itu. "Taklah", jawab isterinya ringkas. "Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. Balas isterinya, "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....
NAH, HARI INI SAYATIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"
I'm sure most of you have read this story. Mereka (suami) itu fikir apa yea??
Byk nyer crita...tak habeh baca lagu ni...yang best skali that pastala buat cek terliuk jer...hang ni knape ..tak betui sikit...pecepatkan le calendar tu..bole kita gi tengok pirates cepat sikit...you know who
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete