Monday, June 20, 2011

maduku itu

RAWATAN AL-QURAN DAN MADU LEBAH

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar (ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” ( Surah Al-Isra' ayat 82 )




"Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar (ubat) bagi orang-orang yang beriman” (Surah Fussilat ayat 44)




"Berkata Rasul, Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran suatu yang tidak dipedulikan” (Surah AL-Furqan ayat 30)




Menurut Imam Ibnu Qayyim "tidak mempedulikan Al-Quran" bermaksud :-
1. Tidak mahu mendengar Al-Quran
2. Tidak mahu beriman kepada Al-Quran
3. Tidak mahu berhukum dengan Al-Quran
4. Tidak mahu menghayati (tadabbur) makna Al-Quran
5. Tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai ubat/penawar



"Hendaklah kamu berpegang pada dua jenis ubat : iaitu Madu dan Al-Quran"(Hadith Riwayat Ibnu Majah)


"Sesiapa yang meminum madu di waktu pagi, 3 x pada setiap bulan, dia tidak akan menghidap penyakit-penyakit berbahaya”

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampurkan dengan sedikit air. Ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh otak.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzih di dalam kitab ' Perubatan Cara Nabi ' memberi komen terhadap hadis ini:-

"Tercakup di dalamnya antara perubatan manusia dengan peubatan Ilahi, di antara perubatan jasmani dengan perubatan rohani dan di antara ubat bumi dengan ubat langit".

Dan Tuhan engkau telah mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di rumah-rumah binaan manusia. Kemudian makanlah daripada setiap (macam) buah-buahan (bunga-bungaan) itu dan lalulah jalan-jalan Tuhan engkau yang telah dimudahkan (bagi engkau). Daripada perut-perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia” (Surah An-Nahl 68-69).


sumber dari tok siak.. thanks to guaraterapi.blogspot


dapatkan Amazing anda dengan menghubungi

kak su - 014-7242 338

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...