Tuesday, June 17, 2014

menangis

cuba cakap terus terang... pernahkah korang menangis bila teringat Allah?  tak kiralah lepas solat ke.. atau sambil tengok sesuatu yg mengharukan ker.. dan terasa kebesaranNya terhadap kita semua hamba2nya ini.  pernahkah kita tiba2 sayu bila mengingatkan semua dosa2 kita sejak kita akil baligh?  ke kita tak de dosa yg boleh buat kita nangis takutkah Allah tak ampunkan dosa kita.. 

astaghfirullahhal adzim.. korang aku tataulah.. masya Allahh.. tapi aku rasa sgt takut jika aku tak sempat nak mendapatkan keampunanNya sementara aku hidup ini dan mati dah sampai masa memanggil aku.. huuu.. mati itu mmg tade sapa tau masa bilanya kan?  baru pagi tadi sorang lagi staff ofis aku, one guy, awal 30, baru kawin not even a year pun, dah sampai ajalnya.. Innalillah hiwainna ilaihirojiun.. aku terkejut bila shila si pembuat kek termasyhur tu menelefon memberitau yg Muhammad Zulfadly tu dah meninggal dunia akibat sakit dalaman yg tak diketahui.  aku agak rapat gak la dengan zul ni.. even my fb fren jugak tu.. aku ni walau org kata garang, tapi budak2 ni suka jer datang berbual2 dan kami pun berkawan.. dah takde lagi zul.. wife dia dah jadi janda sambil mengandung tu.. baru 6 months pregnant.. semua ni buat aku terkesan jugak. taun ni ramai pulak staff offis aku yg pergi.  ya Allah tak tau bila lak turn aku.. pasti dah.. but tatau bila.. semoga Allah mengampunkan dosa2 aku ya Allahh sebelum kau ambil aku balik padaMu ya Robbiiii..


keutamaan menangis kerana rindu dan kerana takut kepada Allah.. bagaimana?
mengingat dan menyebut Allah dalam bersendirian dan matanya menitiskan air mata.. 
harga air mata yg kita titiskan sekarang ialah naungan Allah di akhirat kelak.. aku dengar syarahan ni. dari habib ali zainal abidin al-hamid..  naungan ini dapat dari dalam diri kita. dari air mata.. berapa byk yg menangis kerana mengingatkan Allah.. kerana menyesal, sedih?  kita dimuliakan dgn iman, dengan adanya nisbah hubungan kita sebagai hamba dengan Allah.. maka jgn menggantungkan hati kita kepada yg lain.. ingat.. harga utk naungan Allah ialah air mata kita.. penuhi hati kita dengan kecintaan kepada Allah, baru hati kita boleh menangis.. letakkan ketergantungan hati kita kepada  Allah.. kecintaan kepada Allah.. baru kita dapat merasakan hubungan atau connection kepada Allah.. hal2  yg melalaikan kita mmg banyak.. fb, tivi, anak2, suami, adik badik dan macam2 lagi ya Allah...

tangisan kerana takutkan Allah.. dapat memadamkan api neraka.  Rasulullah saw bersabda.. "tidaklah mata seseorang menitiskan airmatanya kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.  dan apabila air matanya mengalir ke pipi mata wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.  tidaklah ada sesuatu yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.  sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka..".

Junjungan Mulia kita bersabda.. "ada 2 biji mata yg tak tersentuh api neraka, mata yg menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yg menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam. di antara 7 golongan manusia yg akan mendapat naungan Allah dia hari kiamat.. ialah seseorang yg berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.."

yg sangat penting di sini ialah.. sudahkah Allah itu redha kepada kita?
itu pertanyaan yg harus kita tanyakan pda diri kita..



No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...