tak bersyarat.. gitu.. itulah maksudnya.. dapat idea nak nulis dari lagu katy perry ni.. hmmm
apakah yg sebenarnya yg afdhal dalam sesebuah hubungan? mungkin perlu ada syarat2nya.. meh kita tengok sini..
ni ada tips dari dr. fazilah kamsah.. 50 tips.. banyak sgt haa.. i pilih yg terbaik jer lah ye? so yg lain2 tu kita bacalah yek dr link bawah ni.. mostly utk membentuk keluarga bahagia ni tips diberi khas utk suami iaitu ketua keluarga:
- gunakan Nabi Muhammad sebagai model. hidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. sebut nama rasulullah apbila mendidik dan menasihat bg mendapatkan hikmah.
- suami mithali menjadi kebanggaan isteri. pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yg boleh dibanggakan oleh isteri anda
- pastikan anda ada masa utk berbual dgn isteri setiap hari. semua isteri bahagia bila dapat berbual dgn suami. berapa minit anda luangkan utk berbual setiap pagi?
- telefon isteri or sms sekadar menyatakan yg anda sayang ataupun rindu pd isteri. isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan or msg anda.
- pastikan anda bergurau senda dgn isteri di dalam kenderaan dalam perjalanan or ke mana saja.. ramai yg membisu dan membazir masa di dalam kereta.
- didik isteri dgn memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yg cemerlang. elakkan cakap tak serupa bikin.
- bentuk sifat cemburu yg positif. cemburu tanda beriman, sayang dan endah. suami yg tidak cemburu adalah dayus. isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. dia rasa dihargai.
- jadilah suami yg pemaaf. syurga isteri di bawah tapak kaki suami. maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
- tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. isteri merajuk bukan sebab ditegur, tapi cara ditegur yg kasar. apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung dan hiba dan memberontak.
- bentuk beberapa sifat wanita terpilih dalam diri suami. nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. sifat wanita yg ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita
- latih diri memuji dan menghargai isteri. ramai suami yg pandai kritik tapi tidak tahu memujji. belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. cari peluang utk sentiasa memuji.
- bertindaklah romantis selalu terhadap isteri, termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
- fahami yg isteri ingin selalu di sisi suami. suami pula berjauhan dgn isteri sekali sekala telefonlah, sms atau email utk bertanya kabar. berikan maklumat atau mengubat rindu.
- apabila suami melayan isteri sepertimana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kawin. ulangi layanan itu sekarang. pasti hebat rasanya.
- suami wajar belajar menjadi pengikut setia. patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yg betul. jangan bangkang perkara yg baik. kawal macho dgn saksama
- pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. pesan selalu dan nasihat sekali sekala. waktu terbaik adalah semasa rehat, minum petang, bersiar2 dan semasa hendak tidur.
- seimbangkan hidup dgn sempurna. rajin di tempat kerja, rajin jugalah di rumah. peramah dgn kawan, peramah jugalah dgn isteri. disiplin di pejabat disiplinlah jugak di rumah. sabar dgn org, sabar jugalah dgn isteri. di luar dan di dalam rumah mesti serupa.
https://www.facebook.com/notes/muslimah-trend-collections/50-tips-terbaik-membina-keluarga-bahagia-oleh-dr-fadzilah-kamsah/465135506880631
No comments:
Post a Comment