can you really fall in love with king kong? that big ugly monkey in the movie?
well you can. boleh. kalu hati dah suka.. tak kira rupa. saja nak share.. semalam aku and anak buah aku yg comey tu, siti, gi layan movie king kong " the skull island". best.. and sgt tak sangka2 gitu kisahnya. ada binatang2 yg tak sangka akan wujud.. ngeri wehhh.. gi la tengok sendiri. dahsyiat worrrr. ekekek.
last week aku tgk beauty and the beast. boleh la.. takde mende ngat. tapi bila kita pikir balik beauty and the beast tu, beast tu mmg huduh, tapi dia kayaa raya kau. ada istana bagai.. golongan bangsawan dohh... so, if jatuh cinta dgn dia pun, org akan kata "eleh, muka huduh dia tu ko tak kisah sebab kau kisahkan harta dia yg kau buleh dapat..." ekekekek.. manusia buleh kata macam2.. terpulanglah pada hati yg mengalami peristiwa itu. betoi ke idok? ada duit semua jadi katanya. kalu miskin pun, kalu kita yg menyintai ini redha.. in sya Allah senanglah hati utk bersama2.
semalam aku tengok pic laki aku and terbit satu pikiran dalam hati. dari dulu dia mmg lelaki kacak and macho. mungkin sebab itulah dia skrg rasa dia bagus dan tak sesuai dengan aku. malu dengan aku yg gem gem terlebih lemak sana sini nih. mungkin jugak dia tak kisah. tapi kalu dia begitu. dia boleh je pilih utk memberi peluang kepada aku utk menguruskan badan aku dgn membiayai proses menguruskan badan aku. ekekekek.. mana mampunyaaaa.. lagipun.. dari spend ke aku.. baik dia beli/buat mende lain yg lebih dia seronok. bini dah tua.. dah lapuk, apa lah maknanya lagi kannn? itulah dia yg dikatakan kalu berduit segalanya pun mungkin. so, in this case. sayang bini maybe boleh.. tak berapa sayang bini.. terima sajalah seadanya dan berusahalah sebaiknya utk tidak kisahkan kelemahan or kelebihan lemakku itu.. kennnnn?
another situation.. bolehkah kita jatuh cinta jika mukanya buruk itam legam, idung kembang besau cam idung i ni, muka bergerutu, byk jeragat and janggut penuh bercampur2 itamputih and kasar. kepala besau and tak sekata. pendek kata huduhla pada pandangan manusia. Allahuakbar. if kita dipupuk oleh sifat yg tak menilai manusia lain dari sifat luarannya dan jika kita ini manusia yg selalu berdamping dengan org2 huduh itu tapi mereka yg huduh itu adalah org2 yg sentiasa berusaha menjadi baik dan menggalakkan keamanan, mengajak kita mengenal semula Pencipta kita dan selalu berpesan2 utk bersyukur, selalu mengingatkan kita yg kita hanya sementara di dunia ni.. kampung kekal kita selepas mati ialah akhirat.. maka bagaimanalah mudahnya utk kita menganggap si huduh ini manissss... dan kita akan nampak yg dia itu adalah sebaik2 kejadian Allah. betui dak?
mmg nampak lelaki hensem itu satu nikmat. tetapi mengenali lelaki huduh dan merasa dia hensem kerana kelakuannya adalah lebih hebat rasanya. now, i wonder how manis Rasulullah SAW kita yg kita sgt2 cintai kan? dia bukan saja manis menarik, malah baginda juga seorg yg sgt2 romantik terhadap isteri2 baginda. murah dgn senyuman dan sepatutnya menjadi ikutan semua manusia dalam melayari kehidupan hari2. ikut Muhammad ikutlah Allah.. barulah hatimu menjadi tenang.
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment