Friday, April 07, 2017

kundang

korang suka jeruk tak?
tipulah tak suka.. eh, ada ke org tak suka makan jeruk?
tentu ada.  akupun tak suka tempe, takkan lah takde yg tak suka jeruk, ye tak.  manusia berbagai.  ko kata awat tak makan tempe? ehh.. aku tak suka lerrr.. ngko nak marah kenapa lak?  adakah tiap kali aku tak makan tempe muka kau akan ditarik lebih kuat menjadi lebih kedut? tak kannn?  so, kenalah kita terima apa yg org suka or tak suka makan.  sama gak cam petai.  aku mmg giler petai.  makan gitu2 je or makan dalam sambal aku mmg suka giler.  but aku tau dah sapa kawan aku yg tak makan petai or tak boleh terima petai.  aku tak kisah.  lagi suka makan dgn dorang sebab dorang takkan amik/mintak lauk petai aku, kennnn?  heheh.. sekadar alasan mengukuhkan yg setiap kita ada mende yg kita suka and kita juga kena mengakui yg org lain pun sama dalam donia yg sementara ni.

nak citer pasal jeruk je tadi kan.. udah tertulis berjela kau.
semalam aku pi nu sentral waktu lunch.  ira shahira or shira je skrg i call her, yg kata nak belikan jeruk for her papa.  papa dia suka amat sejak dia belikan haritu.  so, kami pakat beli lah lepas kami makan lunch kat ayampenyet express near kl sentral.  pilih2 jeruk tu.. ada stroberi, ada mangga, ada jambu air, ada jambu batu, macam2 and yg paling seronok, ada buah kundang siam kauuu.. sedappp.. nama je kundang tapi warna dia yg masak lebih kepada kuning ke oren orenan you.  agaknya ikut warna bijik dia yg kundang tu nama dia kundang.  but i likeee.. i like so much.  dulu2 masa kecik makan buah kundang yg malaysia punya, kecik je.  masam ke alah.  but since kita org susah, apa2 buah org bagi pun.. kita makan je.. tak kiralah masak ke apa.. but itulah.  bila dah jumpa buah kundang siam... terasalah yg kitapunya kundang tu sgtlah masamnya.  amik2, pilih2.. nah.. 13hengget lapamposen kena kauuu.. tapi makannya den tak terus makan.. bawak balik umah semalam makan dengan mak, siti, along and laki.  utk laki asing kan siap2 dalam bekas, lebihnya baru makan beramai2 kat umah mak lagi.  balik keje lepak umah mak sambil borak2 dgn diorang is soooooo menyenangkan.  itulah namanya family, right?

jap nak cari picture jeruk, ada tak? eh adalahhh..





No comments:

Post a Comment