Monday, April 03, 2017

Jom pi ikea

Ptg smlm tgk tv smpai bosan.  Wasap kak ita kata nak tempah brownies dia yg sedap makan masa lepak umah dia tu.  Siap bekalkan lagi haa.  Pehtu kak ita kata nak pi ikea.  Aku pun lama giler tak pi ikea wehh.. so... akupun try la ngajak laki.  Dah cuti2.. pesalahnya bawak i jenjalan.  Dia pun dah 2 kali keluar dr pagi.  Takde ngajak i pun.  I tak kisah.  Ni kali jalan bawaklah i sbb i yg ngajak.. kan?

Nak tau dia jawab apa?  Jawapan yg mmg sudah diduga.  Takmo lah.. jauhlah belah2 ikea.  Which is just damansara.  From selayang it is not that far lah pandai.  Sakitnya atiku.  Aku nak bawak pi holiday kau buat lecey.. dah sakit pulak.. ni kau dah sihat sikit nak tolong teman bini pun berkira.. apalah kan?

Akupun masuk bilik.  Typekan wasap ke dia katakan yg aku geram.  Katakan yg bini ni pun nak masa dgn laki berdua sama2 pun dia tak reti nak amik hati aku.  Aku ingatkan dia balik yg aku nak bercerai sbb antaranya itulah.. dah tak mau melayan aku mende2 begitu.  Blom bab duit nafkah yg makin lama makin kurang tolak kat mana ntah.  Sakit ati tau dakk?  Dah tanak ceraikan tp layan macam aku takde perasaan.  Aku ni dah lama usaha and dah byk2 sabar.  Sgt menyampah bila laki lebih pentingkan kawan2 dr bini selalu.  Maybe kawan2 bg duit.. bini lak xmembagi duit.. malah memintak duit dia gamaknya.

Aku tinggalkan dia lepas dia baca wasap tu and soh aku bersiap2 lah kalu nak pi ikea.  Ingat aku ada hati lagi??  Pegi jalan la kau sendiri.  Bodohnya rasa.  Aku pi kuar amik along and pi sama2 tggu ety balik keje.  And tak balik2 rumah sejak tu.  Ada ke lakiku itu cari?  Hmmmm.. aku tak layannnn.  Biorkan dia rasa!!!




No comments:

Post a Comment