Tuesday, April 12, 2011

bantu

biar akak ajar su..
biar su naik diamond director sebelum gala dinner nih..

mana tau rezeki su Allah nak bagi, kan..

boleh apa dapat 10ribu, hoi.. mmg boleh su..

ntah2 ko naik amik anugerah masa dinner nanti..



aku ingat sangat kata2 CA Anizah malam tu.. masa dia ajak aku pi seminar dcl di ulu bendul..

berbunga2 hati aku bila ngingatkan dia nak bantu aku tunjuk ajar aku mana yg perlu ..

aku akan buat sedaya upaya aku, buat dan buat sehingga Allah bagi yg aku mintak tu..

aku yakin Allah tu adalah apa yg kita sangkakan.. aku yakin sangat..




Monday, April 11, 2011

berkampung lagi

aku pegi lagi mencari pengisian ilmu di dada.. bukan mencari utk memejalkan dada (aku guna Q-she) saja.. tapi kali ni aku pegi sorang je.. heheheh.. yg penting kita musti terus mencari ilmu, okeh?? wakil dari selayang la.. selayang ada gak wakil haaa... ko ada ke? takde kan, kan?



perkampungan 1DCL, kat ulu bendul 9 and 10 april 2011 - slogannya, menang dunia menang akhirat.. best sgt aku rasa.. agak berbeza sket dari yg aku first pegi kat kemaman dulu.. this time ia lebih padat dan mantap.. hehehe.. at least for me yg tatau apa2 ni lah kan...


ada je yg dah jadi crown ambassador, CA, the highest title dalam dcl nih.. macam puan masthura razali tu (aku tabik dia.. pendapatan yg dah mantop tuuu!! ) tapi tetap nak pegi sebab nak belajar.. .wahhhh.. sgt berbeza, kan org2 DCL, sentiasa positip nak amik ilmu dari berbagai2 sudut, lebih2 lagi dari sudut kerohanian, dan berpaksikan quran dan sunnah nabi. takde akan berkurangnya diri kita ni weh.. kalu kita nak belajar.. kita ni sentiasa je berada dalam taman2 syurga kalu kita berada dalam majlis ilmu, tau.. bukan aku cakap.. ini sabda nabi kita tau.. haaa



antara intipati yg paling penting dalam kursus tu adalah silaturrahim.. ya allahhhh.. ramai betul muka2 baru aku dapat sebagai kawan, dari ipoh, dari kelantan, dari NS dari klang dsbgainya.. tengkiu to Lis and Rizal yg menyebabkan aku sampai ke ulu jendul eh.. ulu bendul ituuuu.. ahaks, jasa korang akan sentiasa ku kenang .. semalam malam baru sampai kat stesen komuter bank negara dari batang benar, NS. dalam ati, aku berkata2, mmg letih giler badan, kalu tak lega letih, aku nak amik cuti EL je senin tu... iaitu harini lah.. tapi... sementelah dah bangun pagi ni dah freshen up.. akupun pegilah keje.. best per, keje.. even hari senin... ubah mind set okay? ko tak keje sebab ko tak suka, ko nak buat apa lagi.. ko dah banyak wangg ker.. ko buleh la berenti.. aku blum cukup wang lagi nak berenti.. sementelah aku suka keje nih jugak sebab dapat jumpa ramai orang.. maka aku amik the positive side, keje jugaklah aku.. wahhhh.. alhamdulillah, aku dah buleh ajar pikiran sendirik.. pagi2 dah sms kawan2 ajak bfast.. last2 aku makan je sendirik kat kl sentral sebab takde yg available kawan2 yg selalu aku ajak... well, yg penting bfast aku amik jugak. lepas nih, aku nak buat je mana aku boleh, terus buat jangan berenti, terus berusaha sehingga Allah nak bagi, sambil aku terus jugak berdoa sebab Allah takkan menghampakan hamba2Nya yg berusaha dan berdoa terus menerus, kannnn?


gambo takde ek.. nak kena donload satu dua nihh..

Tuesday, April 05, 2011

aku tensennnnnn

apalahhh yg susah sangat? ko cuma perlu click je dah lepas.. ini tak, aku dah call mintak tolongpunnnn.. ko buleh soh aku cari org lain duluuuu? ko mmg tak patuuuutttt benci lah sistem nihhh lagi kuat semangat aku nih nak berontak.. huhu

Monday, April 04, 2011

aku letih tapi aku sukaaaa

ngantuk tau, masa kena bangun sebab sedar hari senin ialah hari keje..

rasa cam takde weekend sebab semua hari keje.. tapi aku suka.. sebab dapat apa yg aku mau dan rasanya mmg achievable asalkan aku kuatkan hati..



inilah rupa aku pagi tadi..


walaupun begitu... kita kan, peminat remy bangla.. eh, remy ishak.. so, malam tadi kita sukalah sebab remy dah menang anugerah jugak..


congrats remy.. truskan berkarya okeh?


Friday, April 01, 2011

bagaimana nak buat org suka kat kita

aku suka faizal tahir.. tapi ini tak ada kena mengena dgn ini tajuk, saja la, aku suka..

tajuk tu bukan aku cakap.. cuma dalam bahasa aku sendirilah..


aku amik dari tips usahawan berjaya, tulisan datuk dr. maznah hamid ni tau..


antara point2 tu ialah:


prinsip pertama, belajar utk mengingati nama org. kalu kita cekap ingat, ini mnunjukkan minat kita pada seseorang itu cukup tinggi. nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya. kena kita hafalkan dah sebutkan ulang2 sampai ingat, ok?


2, jadilah pendengar yg baik, tunjukkan minat anda yg lebih terhadap segala cakap dan ceritanya dan bukan anda yg cakap lelebih. pujilah bila perlu dgn ikhlas kepadanya.


3, jangan ego plak.. elak dari memberi terlalu banyak pandangan macamlah kita ni saja yg tau segala2nya.. seeloknya pamerkan sifat merendah diri..


dapat?


apa lagi..


4, pupukkan kualiti diri anda yg sentiasa menarik, menggembirakan,memberangsangkan supaya org lain suka bersama anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda.


5, tawarkan pertolongan or bantuan terlebih dahulu, sebelum anda nak mintak apa jua bantuan daripada seseorang itu. jadilah seseorang yg "diperlukan" diharapkan dan amat "berguna".


6, praktikkan sikap sukakan org, hormatkan org sehingga dia menjadi sbgai sifat semulajadi anda dan amalan anda.. haaa, susah ni.. ini human skill tauu..


7, ambil peluang utk ucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya. kongsi perasaan lah kiranya nih..


haaa.. selamat mencuba dan selamat berjaya, k?


PERINGATAN: IMPIAN HANYA AKAN TINGGAL IMPIAN SEMATA2 SEKIRANYA KITA TIDAK SANGGUP BERTINDAK MENJADIKAN IMPIAN KITA SEBUAH KENYATAAN.


Thursday, March 31, 2011

apahal?

hai...
lama tak tulis, windu tau..

pehal lama tak tulis?
adalah hal yg bizi tak hengat diri tu..
melayan diri memenuhkan ilmu mencari pengalaman gitu..
bak kata org meniaga nih, mana buleh senang2 nak jadi jutawan
tentulah kejenya lebih dari org biasa2 tuh ... haa, kannn

takpelah gagal, kerana kalu gagal maknanya aku dah semakin hampir dengan kejayaan...
aku cuba lagi!!
haaa... aku tak kesah jatuh, aku tak kisah susah.. semua ni akan buatkan aku akan belajar jadi lebih cekal..

menjual produk2 kesihatan dcl memang mencabar tapi aku seronok....
dapat bantu org lain dgn kongsi kehebatan produk2 aku.... disitulah kepuasannya!


Monday, March 28, 2011

berenang ke tepian

ahahha.. tajuk tu macam best je kan.. aku pun memang suka sgt berenang2.. walaupun blum ada kolam renang kat umahku itu... ahaks kata org, berenang paling mudah nak kurus.. ahbadden.. nak kurus tentulah kena pi berenang like every day haa.. barulah best! sabtu tu, aku lepak2 tak jadi gi meeting pibg skolah azmeer, sebab aku sakit perut nak period, giler2 punya sakit weh.. tak buleh bangun, so, how to go.. jadi aku tak pegilah skolah.. sementelah adik iparku mengantar anak2 tumpang ke rumah mak and rumahku.. seronok ni.. dorang datang, aku tak bangun dari katil lagi.. sungguhhh.. golek2 best, cutikannn? pastu lepak2 dgn adik iparku lepas dia abis hal dia tu dgn makku jugak.. kami makan mangga cicah2 kuah rojak, sedapp.. pastu makan tebu pulak.. mana dapat tebu.. along bagi semalam masa singgah umah dia.. best tau.. tup2 dapat call dari anak sedara belah kanda.. sema, kata nak lepak dirumahku sementelah mengajakku pergi berenang2 di kolam sri siantan.. suka amek tauu.. ada yg nak pegi sama2 berenang, selalu akuuu je beria ngajak orang, takde sapa yg melayan, kecuali anak2 ku.. tapi harini sema nak pegi. dia kata dia kat giant, cari baju berenang utk anak sulung dia.. sambil beli2 barang lain jugak. tak lama, diapun sampai.. dah lewat. kandapun baru balik, kanda kalu di ajak pi berenang, sokmo tak mau dia.. ntah kenapa malas bener, maybe sebab dia takde suitable attire kot.. takbest la pakai underwear kan, kan.. hahaa last2 ntah apa, tak jadi pegi berenang.. siannn anil anak sema. kami pakat lepak2, borak2, makan2 pastu pi pasar malam, jalan2, beli2, makan2 lagi, sampai tak terkira kembungnya.. hehehe.. lewat jugak sema balik malam tu... soh tido je umah kami, haram dia nak.. nak balikk jugak since masrin ada hal lagi.. well.. i had fun, lots of fun korang buat apa pulak weekend?

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...