Monday, October 30, 2006

Rumah terbuka yang sempit

28 Oktober 2006, raya ke lima.

Ramai jugak yang mai, walaupun ari ujan lebat sesangat petang tu. Alhamdulillah, walaupun umah aku tu kecik jer, oleh kerana tetamu yang mai tu pandai ikut giliran memasing, maka semua orang dapat merasa masakan ibuku... ahaks!

Menunya:
Nasi himpit ala-ala ketupat tak berdaun
Rendang daging pedas istimewa
Ayam muda masak merah berlada
Mihun goreng cacamurba
Kuah kacang sambaria
Kuih karipap resepi keluarga
Air jus oren mandarin
Buah tembikan merah tempatan
Kek sponge hijau menawan
Lemang khas dari sungai tua

Boring beb...

Sian dorang semua kena berhimpit-himpit memandangkan rumah aku tu cuma sekangkang kera. Walaupun begitu, aku tabik semua boss-boss aku yang susah payah mai! Ada yang sesat barat, akhirnya sampai juga. Siap bawak hamper lagi. Sayang dorang semua tu dah nak tinggalkan aku sebab berenti... Nanti sunyilah aku kat ofis tu, huaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...


Kerja masa raya

30 Oktober 2006, senin

Aku dah balik kerja walaupun raya baru hari ke tujuh...
Rindu juga dengan ofis dan kerja-kerja.
Mata pedih sebab tak cukup tido, tapi sebab dah kena kerja balik, maka aku layannnnn kan saja mata ini.

Kanda,
Dinda teringin sangat nak makan nasi putih, lauk tomyan seafood, daging masak merah, sayur kailan ikan masin dan tak lupa juga kerabu mangga... hmmm!!

Itu cakap orang kemaruk, dah berapa hari macam tak makan?
Itu cakap orang puasa sebenarnya, sejuk pulak... jadi, lapar... huang huang..

apa yang ko merepek ni labuuuu???


Friday, October 27, 2006

Raya 1427H

Raya taun ni best. Sebelum raya lagi, sumer adik beradik dah kumpul. Along balik ngan abangnyer, angah balik ngan abang ngah dan ally farisnya, am dan kuarganya, acu datang gak malam raya tu dan kami sekeluarga. Sumer adik beradik pakat buka posa last day kat umah mak. Seronok aku rasa, mungkin lebih lagi mak ngan abah rasa bila tengok sumer anak-anak dia ada.

Anak-anak aku dah aku janjikan main bungapi malam raya lepas solat isya'. So, dorang tunggu betul time isya', cecepat solat, terus ajak ayah dia gi tunggu dorang nak main. Tulah masa paling syok bila jadi bebudak, main bungapi reramai. Aku teringat zaman aku dulu, bulan posa tentu ada main bungapi dan mercun. Sekarang, aku tak bagi la anak aku main mercun, dorang dapat bungapi jer pun dorang dah happy.

Raya pertama pagi lepas solat raya, sumer kumpul nak bermaafan kat umah mak lagi. Ingat aku nak control macho, tak mo sesedih, but... bila pegang je tangan abah, mak and adik beradik dan ipar duai, ayaq mata mulalaaaa deraihnya mengalir, tatau kenapa, mungkin sebab kesyahduan raya la kot... huaaahhh! Aku memang tak tahan, even kanda pun tangkap leleh!

Pastu, tiba sessi amik gambo sekeluarga... Tah bila nak cuci, tataulaa!
Pastu, semua orang tinggalkan rumah pi balik kg memasing. Tinggal aku and family. Bosan la kanda and bebudak, tatau nak buat haper. Pada aku, hari ni la nak lepak-lepak, sambil makan-makan, minum-minum dan tido -tido.. gitu. Aku terdengar kanda dok ngeluh, tiga empat kali kebosanan. Dia ajak gi Pahang ari tu jugak.. NO way man, dah janji raya kedua, tunggu jer la... Jadi, stay jer la, walau aku tau, dia punyala bosan... layannnn!

Malam pulak ujan punya la lebat giler, bila berenti, kami kuar gi Summit square ngan ct and along. Makan kfc lepas nak tengok wayang sumer tiket abiss, even citer tamil pun sold out. Sakan yek?

Hari ni dah raya ke 4, esok aku nak buat open house... tah sapa la yang nak datang! Tak taulaa, kita tunggu dah lihat jer la yek?

Friday, October 20, 2006

Buka puasa satu pejabat

Hmm, this was yesterday's story. The place was at Sime Darby Convention Centre. The function is buka puasa done for all muslim staff.

Aku tengah sesedap perati nak pilih makanan, tetiba dia mai plak. Wuekkk, langsung aku rasa tak mo makan dah. Kenapa? Tatau... itulah feeling yang aku rasa bila terpandang dia. Nyampah bebeno... Mintak jauhkanlah aku dari dia Ya Allah...

Hilang semua semangat nak mencuba semua makanan...

Balik time, we got lost... semua tunjuk pandai esp si Zu! Cam dia jer betoi dan tau benar jalan, at last sesat. But, dia still blaming others for the mistake... sabar je la!!! Rimaaaaaaassss dengan muluuut diiaaaaaaaaaaaaaa tuuuuuuuuuuuu!

Rindu

20 October 2006

Aku rindu nak cuti dah. Aku rindu dok kat umah, tukar langsir baru and feeling-feeling ari raya. Aku rindu nak dengar lagu-lagu raya berkumandang berselang-seli dengan takbir raya. Aku rindu nak pakai baju raya, pakaikan baju raya untuk anak-anak aku tu... huaaahhhh. Rindu nak cium tangan kanda.. hmm, sejak bulan posa ni asik tinggalkan dia kat bilik air jer every time aku nak gi kerja, ye laa... aku takut lambat maa! So, jerit jer kat dia "kanda, saya pegi dulu ye!", gitu la semenjak bulan poso ni. Tak baik, kan??

Apa lagi? Hmm, rindu nak tunggu along and angah balik dengan kuarga mereka. Rindu nak tolong mak potong daging buat rendang. Rindu nak nganyam daun ketupat. Rindu nak beramah mesra ngan adik beradik. Huahhhhh, nak balikkkkkk!

Tuesday, October 17, 2006

Raya Spirit

7 hari lagi nak raya

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Kini tiba Syawal menjelang

Lagu anuar & elina ni masih lagi berkumandang setiap kali nak raya. Aku tak hingat liriknya sumer, but lagu ni dirakam masa zaman aku kecik-kecik dululaa. Zaman nuar and elina tu sama ngan aku, so, aku rasa cam teruja bila sampai sekarang boleh hingat gelagat dua budak-budak tu kat pentas masa show raya dedulu.

Korang tentu ada kenangan manis hari raya kan? Pada aku, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling manis menyambut raya. Dulu-dulu nak makan sesedap, rayalah masanya. Ketupat, lemang, rendang ayam, daging, kuah kacang, lodeh, lontong (ada beza ker?), kek, kuih bahulu, kuih tart dan sebagainya. Sekarang ni, makanan ni sumer dah boleh dapat anytime kat pasar atau pasar malam. Tak syok dah. Bebudakpun tak looking forward nak makan benda-benda ni semua sebab dorang dah biasa. Entahlah, mungkin pada budak-budak sekarang, especially anak-anak aku, raya ni time dorang berkumpul sumer adik beradik dan collect duit raya je kot. In fact, itu dulupun misi kami jugak, but bab makanan tu dorang tak heran kan?

Cuba bayangkan lagi 20 taun or even 10 taun akan datang, cemana raya agaknya pada budak-budak?

Monday, October 16, 2006

Putuskan ikatan

I was dreaming, it was raining heavily outside. Wow.. satu kenikmatan yang tak mudah dilupakan. Tetiba henpon bebunyik. Amal amik bawak kat aku plak, haiyoo, potong stim. Tentu kena bangun kalo da jawap tipon.

AAR yang tipon, tanya my opinion on her nak putus ngan zombi. Aku kata it's up to her. Since pistiwer ari tuh, aku rasa tak payah sesusah berkawan ngan zombi tuh, nyusahkan hati dan perasaan jer. Bukan dia appreciate AAR pun as besfren, but lagi tambah tensen ader. I told her stret jer, to let go and don't look back. But this time it's AAR's decision and she figured out herself... i give opinion jer!

Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Jauhkan aku dari orang yang menyebabkan kengkawan aku berpecah belah!

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...