Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi..

Esok sehari, lusa dah kita mula berpuasa..





Alhamdulillah... jika kita sampai umur nak menyambut ramadhan di taun ini, maknanya Allah masih bagi peluang pada kita mensyukuri hidup kita ini.

Ameer taun lepas dapat 20 hari puasa.. taun ni tentu lebih lagi, kan?



Tak sabar rasanya!!



Semoga ramadhan ini datang bersama keberkatannya.



Ya Allah, kau berilah kami sekeluarga kemudahan dalam menghadapi ujianMu dalam bulan ramadhan al mubarak ini.

Monday, August 17, 2009

Pot luck again

This time kita join venture ngan word processing dept. Berbagai juadah disediakan, lebih kurang 25 orang dengan juadah berbeza. Makannya waktu lunch nanti.

Aku dah tak sabar nak mengadap makanan2 tu semua. Perut ni udah di reserve nak merasa semua masakan2 dorang tu. Aku punya contribution ialah ikan bilis tumis ngan cili api. This time aku pakai cili api putih dari KK yg di beri dek siti syu hari tu.

Nanti kalu tak lupa, aku akan snap few photos letak, ye?


Potong rambut sudah

Jumaat lepas aku ajak kanda temankan aku gi potong rambut kat depan Bintang. Tak sangka dia sudi ngikut.. hihi.. Selalunya takkan ndak dia, tapi aku buat2 merajuk the nite before, sambil kata "sekarang ni apa2pun taknak dah pegi ngan saya ek.. temankan pun takmo jugak?".

Tu yang dia jaga ati tuh.. kena gak temankan..

Sekarang rambut ku dah rupa jantan, pendekkkk je, but still the longest in our household, since deme sumer ala2 botaks, kan?

Friday, August 14, 2009

Heart is the problem

Hari ni Jumaat dah. Rasa kejapppp je masa berlalu. Lama jugak tak buat entry. Sibuk la konon. Memang sibuk. Keje banyakkkk, maka tak sempat nak buat keje sampingan dah.

Resume aku dah aku hantar merata-rata. Tapi nampaknya tak berhasil yet. Keje kat opis ni aku buat juga, aku bukanlah jenis yg tak pedulik keje bila tak minat lagi.. aku teruskannn juga.

Semalam aku dapat tau 2 kematian. Satu tu adik kepada Nurul, office mate aku yg baru je melahirkan anak pertama. Meninggal kerana heart complication katanya. Umur dia muda lagi, around 25 gitu, baru je kawin tak sempai setaun. Aku tak kenai direct, kakak dia tu yg selalu tunjuk gambar2 kawin dia, pastu bitau dia dah mengandung, dah selamat melahirkan dan baru2 ni bitau adik dia tu sakit. Dia plak tergesa2 nak balik kg. sebab tu. Tup-tup dia masuk opis semalam, ada kabar kata adik dia dah takde.. Innalillah hiwainna ilaihiroji’un. Dah sampai ajal dia.. Aku ni pulak, bila lah ye?

Second , petang sikit, lepas 5.30, akupun tengoklah internet, FB, surf2 sikit, tiba2 dapat tau, Ustaz Ari Rabbani pulak dah passed away.. of heart attack. Heart jugaklah sebabnya. Ntah lah.. mungkin ini semua patut mengingatkan kita bahawa giliran kita dah dekat sangat, kan?

Ni, Ramadhan dah dekat sangat.. Tatau whether aku berpeluang ke idak ngabiskan sebulan itu. Kalu abis, then raya.. hihi.. bab tu paling aku suka. So, ramadhan ni, aku cadang nak mula gi terawih, kalu takde apa2 halangan. Semoga Allah sampaikan niat murni aku nih.

Tuesday, August 11, 2009

tikus keparat




Tahun ini, aku jadi lagi supporters for the rat race. Kali ni dah ntah berapa kali aku buat menda ni with pwc. Aku dah bosan.








Tapi, sebab nak bersama2 ngan kawan2, nak hepi2, aku lupakan kebosanan aku itu.








Kali ini, aku and the gang naik kreta aku ke sana. Park le memana, ntah mana aku park tadi, tak taulah... Janji cepat bleh gerak balik.








Kawan2 yg menjadikan acara ni menarik, kalu idak, takdelah aku nak pegi dah.. takde makna..




Tuesday, August 04, 2009

KK yang sangat seronok



Siti and aishah and me.., gi jalan2 ke Kota Kinabalu hari tu. Jumaat sampai Isnin.

We had fun.. Lupa jap politik opis. Memang paksa pikiran ni lupakan jap kisah tu!


Pemandangannya sangat indahhhh sekali.... nyamannnn jugak... Tengok jelah dorang2 ni posing.










Yang paling asyik kat KK ni ialah barang2 kristalnya dan jugak mutiara. Sangat hebat.. Aku and gang rasa sangatttt teruja. Tengok je lah kat kedai di pasar malam tuh.






Kami ada lah beli sikit2 barang2 kemas ni untuk koleksi kami.. seronokkkkk betui, cantekkkk sangatt, susah nak buat pilihan. Rasa cam nak beliiii semua bagi kat kawan2 buat souvenir, tapi since bonusnya dapat ciputttt, maka terpaksalah kami beli ala ala je, hik!

Friday, July 31, 2009

Nekad kerana aku sudah letih

Aku dipanggel lagi oleh how, how, mader cow untuk kali ke berapa pulak petang tadi. Sedang aku asyik menunggu masa berubah ke pukul 5, aku diarah berjumpa dia. Hilang keseronokan nak makan angin esok hari...

Aku sangat terkejut.. aku pikir dia sudah tidak peduli lagi sebab janjinya yang terakhir dulu sudah tidak dapat ditunaikan, since the position was already taken. Aku tak sedih sangat.. aku tau takde rezeki aku, but.. bila mader cow ni bitau aku sebab2 aku dipanggil dan sebab2 kenapa position tu diberi kepada orang lain, aku jadi sebakkkk sekali. Aku tak sangka sehebat itu "perempuan" itu membuat onar supaya aku disingkirkan terus dari tempat aku mencari rezeki selama ini.

Aku redha, malah aku sujud pada Allah akan apa yg berlaku ini. Memang banyak sangat dugaan aku sejak kehadiran "perempuan" ini. Memang nampak sangat dia mahukan kedudukan dan rela memijak-mijak dan menghancurkan aku asalkan dia dapat kehendaknya.

Kenapalah aku lambat benar sedar? Kenapalah aku bodoh sangat?

Aku nekad akan pergi. Bukan bererti aku kalah, tidak sama sekali, cuma aku sudah benar2 letih dengan sandiwara "perempuan" seorang ini.

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...