Wednesday, September 13, 2006

Semalam yang berlalu

Nak update semalam, tapi sibukkkk sesangat, tah apa-apapun yang kubuat, tatau lah..

Bila nak balik tempat sendiri ni? Lagi 3 minggu daa, Od balik kerja, aku akan kembali ke kawasan ku itu. How i miss my place. Eh, talking about missing nih, rasa betul kerinduan pada si Od. Semalam aku dah call dia, riang beno bunyiknya.. apa ke tidaknya.. berehat-rehat dari dunia opis dan politiknya.. hik. Asik tengok tv, back to back katanya. Wah.. rasa cam nak beranak jugak laa, tapi...

Semalam jugak aku pi kerja dengan kanda, naik moto. Memang aku dah rasa kecik sikit beb! Apa taknya, dah turun lagi 2kg, jadi altogether dah 10kg aku turun. Wow... eat your heart out Maeran! Aku harap aku akan terus bersemangat untuk turunkan badan melalui exercises.

Petang semalam kanda called. Kena balik sendirik la katanya.. dia dipanggil duty awal. Aku rasa cam nak nangis, bencik ngingatkan kena naik bas lagik. Tapi nak wat cemana, dah kena balik jugak... Nasib baik kanda amik Ameer siap-siap sebelum dia nak pi kerja. So, bus metro 43 la jadi pilihan aku.

Eh, ada aku tulih pasal last weekend tak? Last weekend best... memacam happened. Maybe after this entry kot!

Lepas makan dinner lite lite.. bak kata fiebie, akupun bitau anak-anak supaya carik itu vcd pola bedul, boleh kita erobik sesama. Dorang punya la excited. Amal baru lepas abis makanpun sibuk nak join aku. Takut muntah jer kang. Bukan senang nak ikut itu step dance... wahhhhh!! Lepas 4, 5 kali buat, baru boleh hikut maa. Itupun sebab aku cepat pick-up (chewah perasan), kalo tidak, maunya goyang-goyang badan je la jawapnya, kuang-kuang!!Aku selalu kata pada diri sendiri, itu video pasal aerobik tak tentu betul, sebab itu rakaman, tah berapa kali rakam baru masuk the real one, kan? Makanya aku rasa itu dapat tenangkan hati aku... hik! Jadi, keep on doing it, don't stop and say thank you to your body for working so hard... gitu! Hey, I managed the whole 45 minutes non-stop, i hepi beb. Semoga Allah perkuatkan semangat aku nak menjadi lebih sihat dan kurus!



No comments:

Post a Comment