Saturday, September 16, 2006

Lari bersama anak



Sabtu, hari cuti 16 September 2006 17.41 petang waktu Malaysia

Petang cam ni baru bleh rehat sikit. Wah.. hari ni bermula dengan penuh aksi.. hik. Kejut adik ngan abang ajak gi jogging. Amal janji malam tadi nak hikut, tup tup, bila dah dikejut, takmo plak. Geramnyer, but si adik memang sentiasa nak ngikut, bagus, ada kawan. Sebenarnya aku segan giler nak lari-lari anak peluhkan badan. Sib baik ada bawak Ameer, takde la nampak ngat aku sorang.. hik, ada cover sikit, konon bawak anak jenjalan! 7.20pagi ramai orang tak bangun lagi. Rata-rata cuma budak sekolah pi kelas tambahan jer... lain-lain sumer blum bangun, boleh? Mentang-mentang ari cuti, takde nak bangun pagi? Tak seswai!

Kami dua beranak lari/jalan dekat 45 minit gak. Sampai basah peluh di t-shirt. Aku memang kuat berpeluh, tapi adik mantain jer. Nak ngadu penat dia risau lain kali umi takmo ajak dia dah, so dia diam-diam je la. Layannn jer. In fact, dia plak yang tunjuk nak pegi mana-mana pusing kat kawasan kejiranan tuh. Memang takde orang lain yang jogging pun. Matilaa... kami jer yang ada lari-lari gitu, katanya!

Sampai umah, nenek dah dok depan pagar. Dah lama beno katanya tak kuar rumah. Dia nak amik angin katanya. Mak tengah korek-korek tanah bunga. Kanda dah lama balik. Kata mak, lepas kami kuar jer, kandapun sampai. Dah lena bila aku masuk umah... sian kanda. Kerja JAGA laa katanya.. hik.

Akmal ajak gi swimming, tak merasa laa... umi dah penat giler beb. CT Zen pun sms tanya plan aritu nak shopping tingkap sesamapun aku tak jadi. Lain kali geng ekk?

Pastu, pi pasar sarapan, balik umah, tido jap, mandi, masak, makan, masak lagi (spesel ikan mayong masak asam pedas untuk kanda), layan kanda makan, then baru dapat menaip ini entry lepas baca blog afdlin, p-nut and mak andeh.

Aku letih......
Nak tido lagi..............

Malam nanti kena menari lagi ngan si pola sebab rasanya makan serunding daging si mas banyak tul....
Huaahaaahaaa....................

por favor!! p/s: aku sudah signed up nak belajar mandarin and arabic... wen shang hau, ana laak afham!!

No comments:

Post a Comment