Friday, October 13, 2006

Kiamat

13 oktober 2006 malam 22.16

Ameer bertanyakan aku pasal kiamat.
Bila aku terangkan, dia nangis tersedu-sedu, takut katanya.
Sian bila tengok dia gitu, dia sayangkan aku katanya... huahhh lagi la aku sedey.
Akupun nak nangis dibuatnya.
Tah apa dia terpikir dalam kepala dia tu.. sampai boleh tanya soklan gitu.
Dia janji jadi anak baik, dengar kata dan akan semayang bila aku kata supaya ameer sedia.
Dia tanya lagi, kalao dia buat semua tu, kiamat tak datang ker?
Aku kata, kiamat tetap datang, cuma tak tau bila..
Azmeer nangis lagi.. "Ameer taknak kiamat mi, sapa nak jaga ameer nanti?"..

Anak aku ni baru 4 tahun tapi dia rasa insaf bila aku explain pasal kiamat.
Dia ni suci bersih lagi, tapi macam dia rasa bersalah dan menyesal, tapi aku ni,
bilalah nak berubah? Kanda sebagai ayahpun sama, bila nak majukan diri dalam ilmu akhirat?

Ya Allah, bukakanlah hati insan-insan yang aku sayangi supaya sentiasa berusaha mendapatkan
keredhaanMu... aminnn!

No comments:

Post a Comment