Tuesday, October 10, 2006

Pindah pejabat


10 Oktober 2006, Selasa

Coffee, anyone? Syukur.. ini bulan Ramadhan. In fact, dah 17 hari aku berpuasa. Bukan nak citer pasal kopi, but, nak citer pasal pejabat Tabung Haji kat chokit tu, dah pindah opis. Boleh ker? Itu la pejabat tabung feveret aku selama aku kerja key el nih. Huaaaahhhh!!

Nasib baik dia pindah pi kat Maju Junction which is about the same jarak dari chokit tuh kalo berjalan kaki. Hah... ni lah dia. Aku pepagi tadi mai opis, buat kerja tini sket.. (aku sampai the very the early ari nih... about 7.26am gitu), emailed the doc to Tini, then terus cabut gi tabung aji tu dengan harapan dapek kuarkan sikit ongkos buat bayar utang bank lain pulak. Sungguh murni betul khidmat tabung haji itu kepadaku... Walaupun tak menyumbang banyak, but still it gives me lots of pleasure sometimes... hik. But, this morning, selepas berlari-lari anak atau berjalan laju, aku sampai jugak di pejabat tabung itu. Sungguhlah dukacitanya bila aku mendapati ada signboard ngatakan "kami sudah berpindah ke bangunan TH Perdana, Maju Junction", mak, penatnya kakiku dan hancurnya hatiku ini...

Aku dengan muka duaposen tu terpaksa la pusing patah balik ke opis. Bukan takleh terus gi Maju Junction tu, tapi lebih baik aku simpan tenaga. Mungkin aku kena melawat tabung tu lunch nanti la gamaknya. At least adalah tempat lain aku bley pusing skali nanti, yahoooo!! Itu rahmat Allah juga rupanya. Alhamdulillah...

Berpeluh-peluh sampai kat opis balik, rasa cam buat exercise macam dulu sebelum posa jer. Ya Allah, semoga turun lagi la berat aku minggu ni... Amin!!

No comments:

Post a Comment