Wednesday, February 14, 2007

Menang

Korang pernah menang cabutan bertuah?
Seingat akulaa, sepanjang idup aku ada lah jugak 2, 3 kali menang cabutan bertuah ni. Masa aku kat bank dulu, aku ada menang telefon dari Sapura (telefon rumah yang sangat canggih!). I cannot remember where the fon is now. Hilang entah di mana! Pastu aku menang radio hi-fi kecik. Pastu ada menang duit RM1,550 dalam rancangan Sempurnakan Harimu (eh, ni bukan cabutan bertuah!!). Ada satu masa kecik dulu, menang hadiah sagu hati, dapat t-shirt dari twisties. Baru-baru ni aku ngan kanda menang lagi kat pasaraya Bintang, kami menang limau mandarin sekotak. Jadilah, cuber kira berapa kali? Banyakkan? Korang boleh lawan?

No comments:

Post a Comment