Thursday, February 22, 2007

Tumit

Aku pi kerja semalam. Tapi perasaan takmo kerja datang jugak bersama aku. Ini sebab bangun tido tadi, bisanya sungguh terasa di tumit kedua belah kaki. Aduhhh, sungguhlah peritnya. Seperti ditusuk sembilu adanya...

Aku kuatkan hati pegi ke klinik panel kat tingkat 2. Rupanya ramai geng opis ada di sana. Lepas cuti 4 hari CNY, sumer orang rasa tak sihat. Aku bitau dokter tu, aku punya tumits tersangatlah sakitnya. Dia check punya chek, dia kata ini penyakit urat. Hmmm... Aku mintak nak balik, rehat.. last, last dapat mc. Tapi waktu tu dah pukul 11.30 lebih kurang. Aku balik jugak. Tak tahan beb. Sampai umah, Ameer ada kat rumah sendirian. Tengah tengok tv. Ajak ameer gi umah makyang. Langkah kanan, dia dah siap masak. So, apa lagi, makan je la. Dah makan, amik ubat tadi. Pesan ngan ameer, kalao dah pukul 1.15pm, kejut, nak gi amik Akmal balik sekolah. Tumit sakit nih...

Amal dah balik, aku soh dia masak sendiri. Dia kata tak lapar. Aku tido lagi. Sampai petang... huuuuu, nikmat dapat berehat (macamlah tak cukup rehat 4 hari sebelum nih, hik).

6.15pm, masa iklan tengah citer Mutiara Hati, dengan berat hatinya aku, Amal and ameer kuar gi ngambil alif and aris balik skolah pulak. Abiskan Mutiara Hati, masak for dinner. Lepas makan, lipat kain then, tido!!!

No comments:

Post a Comment